Bekas pemain kebangsan Jerman dan juga pemain Chelsea dan Bayern iaitu Michael Ballack seolah olah mahu menyertai Burn Arena untuk minta dikecam penyokong Liverpool.
Ballack menyatakan bahawa, pemain center back Liverpool, Virgil Van Dijk nampak padu di atas padang sebab dia bernasib baik sahaja. Bukan kerana dia benar benar bagus.
Ballack dengan yakin berkata: “Vigil Van Dijk adalah pemain yang sangat bernasib baik kerana tidak bermain pada era yang ada penyerang seperti Didie Dogba, Frank Lampard, Alan Shearer, Thiery Henry, Wayne Rooney, Robin Van Persie, Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor dan Diego Costa.”
“Jadi tidak hairanlah dia menjadi pemain pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris.”
“Vigil Van Dijk get luck sha, e dey play for era wey no get Drogba, Lampard, Alan Shearer, Henry, Wayne Rooney, Van Persie, Tevez, Adebayor and Diego Costa for Premier League.
No wonder dem dey think say e be the best defender for the League.” – Michael Ballack pic.twitter.com/O6gjnqwcEB
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) May 22, 2020
Ketika seluruh dunia sedang bersiap sedia mahu meraikan Hari Raya, Michael Ballack sibuk mempersiapkan dirinya untuk dikecam. Ini kerana menurut Ballack beliau tak nampak pun di mana bagusnya bekas pemain Southampton itu dibandingkan dengan John Terry ataupun Nemanja Vidic.
Van Dijk sangat bernasib baik, sebab sekarang ini tidak ada penyerang yang power bermain berhadapan dengan beliau walaupun Van Dijk sudah berhadapan dengan Cristiano Ronaldo, Messi, Mbappe, Neymar, Aubameyang, Aguero, Kane, Rashford, Diego Costa pun dia pernah lawan.
Kesemua pemain itu tidak cukup bagus di mata Ballack, malah tidak sebagus Adebayor sekalipun, apatah lagi nak dibandingkan dengan Rooney, Henry mahupun Robin Van Persie.
Michael Ballack sudah lama bersara daripada bola sepak. Dan beliau banyak menempa kejayaan di dalam kariernya.
Van Dijk pula sedang meniti karier yang cemerlang di Liverpool. Beliau membantu Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah keenam dan hampir pasti menjadi juara EPL.
Van Dijk juga diiktiraf pemain terbaik EPL musim lalu oleh PFA dan juga menerima Anugerah Pemain Terbaik UEFA. Itupun sebab tak ada penyerang power yang bertemu dengannya sepanjang musim lalu, menurut Ballack.