Bahasa Inggeris-Terengganu Harrif Salleh Viral Dan Mendapat Pujian Netizen

Temuramah pelumba basikal pasukan Terengganu Cycling Team(TSG), Harrif Salleh mendapat pujian netizen apabila viral video beliau bercakap dalam bahasa Inggeris-Terengganu.

Harrif Salleh muncul juara peringkat ketujuh sejauh 130.4 kilometer(KM) bermula dari Bagan, Pulau Pinang dan berakhir di Alor Setar Kedah dengan masa 2 jam 53 minit 18 saat.

Mengiringi Harrif Salleh ditempat kedua adalah pelumba pasukan Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi dan ditempat ketiga Taj Jones daripada pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast.

Video temurah beliau selepas perlumbaan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi Terengganu itu tular di laman Twitter.

Harrif Salleh mengucapkan terima kasih kepada rakan pasukan beliau yang banyak membantu beliau ketika perlumbaan.

Ayat paling mahal yang hujung video.

“Bulih cakak dok?”.

Rata-rata netizen memuji Harrif Salleh dan menyatakan pelumba daripada Terengganu itu berbahasa Inggeris dengan baik sekali.

“Sebenarnya english dia bagus, accent je Ganu. Sama la mcm kalau org german, french, dutch, indian, italian ckp english. Bagus tapi ada their own accent.”

“Bila aku dah duduk middle east ni, rasa seronok gila nak touch up lagi english untuk bercakap. No one will judge.”

“Orang luar tak kisah pun bahasa inggeris kau macammana. Asalkan boleh faham. Kita dkt Malaysia ni je angkat sangat nak kena berbahasa mcm omputeh baru nampak bijak.”

“Ni baru betul kecek jah inggeris takut gapo gakkk. Bunyi slang sendiri tu tunjuk kita punya jati diri.”

Pada pendengaran penulis apa yang dituturkan oleh Harrif Salleh ini jelas dan mudah difahami.

Apa guna berbahasa Inggeris bunyi British atau Amerika jika sikit habuk pun tak faham. Ke guane?

Sebelum ini di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang memasuki edisi ke-25, pelumba berasal daripada Terengganu itu telah memenangi perlumbaan peringkat kelima.

Kemenangan perlumbaan peringkat kelima sejauh 165.8 kilometer(KM) dari Kuala Kubu Bharu, Selangor ke Ipoh, Perak diraih dengan masa 3 jam 39 minit 42 saat.

Pada edisi ke-24 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Harrif Salleh telah menamatkan penantian sembilan tahun untuk pelumba Malasia menjadi pemenang peringkat.

Kemenangan pertama Harrif Salleh diraih pada saingan peringkat kedua dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka sejauh 200.6 kilometer dengan catatan masa 4 jam 53 minit 20 saat.

LTDL | Harrif Menang 3 Peringkat

LTDL | Harrif Menang 3 Peringkat Pakar pecut Terengganu Inc Cycling Team, TSG Harrif Saleh mencipta sejarah baharu saingan Le Tour De Langkawi, LTdL 2020 apabila mengungguli peringkat ke-7 bermula dari Bagan, Pulau Pinang dan tamat di Alor Setar, Kedah, petang tadi.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, 13 February 2020

Anuar Manan menjadi pelumba Malaysia pertama menjadi juara peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Port Dickson pada tahun 2010.

Harrif Salleh Pelumba Asia Pertama Juara 3 Peringkat LTDL:

1. Peringkat 5, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Kuala Kubu Bharu, Selangor – Ipoh, Perak, 165.8 kilometer(KM), 3 jam 39 minit 42 saat.

2. Peringkat 7, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Bagan, Pulau Pinang – Alor Setar Kedah, 130.4 kilometer(KM), 2 jam 53 minit 18 saat.

3. Peringkat 2, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2019, Senawang, Negeri Sembilan – Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka, 200.6 kilometer(KM), 4 jam 53 minit 20 saat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.