Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov merupakan pengamal seni pertahankan diri campuran profesional daripada Russia. Khabib merupakan juara dunia dua kali Combat Sambo dan penyandang juara UFC Lightweight.
Rakyat Russia yang pertama meraih gelaran juara UFC ini terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada 28 pertarungan sekaligus memegang rekod tanpa kalah terbanyak di MMA.
Kehebatan digelanggang Khabib nyata diserlahkan lagi dengan perkerti yang indah lagi mulia sebagai seorang muslim apabila tidak henti memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
Sebagai contoh ucapan, Alhamdulillah sering kali terbit dari mulut Khabib usai ditemuramah dan selepas menewaskan Dustin Poirier ucapan itu tidak janggal di bibir Khabib.
Al hamdulilah #Khabib always thanks God ☝️ pic.twitter.com/azU4De9XGW
— Soufyane Al-Djaza'iri 🇩🇿 (@Al_Djazairiyoun) September 7, 2019
Dalam satu hantaran terbaru Khabib di laman Instagramnya dalam bahasa Russia, Khabib telah menyatakan bahawa beliau bukanlah orang yang selayaknya dijadikan idola.
Dengan populariti yang diraih Khabib tidak mahu beliau menjadi idola kepada manusia yang lain.
“Perkara negatif yang terbesar aku dapati daripada populariti apabila manusia mula menjadikan atau memanggil kau sebagai idola untuk diikuti.”
“Aku bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola dan aku tidak mahu dijadikan idola oleh manusia yang lain.”
“Aku seorang Muslim dan sebagai seorang penganut agama Islam kami mempunyai satu contoh yang terbaik untuk diikuti dan dijadikan idola, Baginda adalah pesuruh Allah – Nabi Muhammad (SWT).”
“Aku percaya tidak ada seorang pun petarung atau selebriti yang layak dijadikan idola untuk diikuti.”
“Aku boleh mengajar orang dalam bidang seni pertahanan diri tetapi dalam nilai kehidupan kita semua memerlukan pengajaran dan peringatan.”
—-
Самый большой минус в популярности я нашёл – это когда люди думают или же называют тебя примером для подражания.
Я таким не являюсь и никогда не хотел быть таким.
Я мусульманин и как для верующего человека у нас в религии есть пример для подражания, это посланник Аллаха – Мухаммад ( да благословит его Аллах и да приветствует)
Я считаю, что ни я и ни один боец и вообще ни одна знаменитость не заслуживают этого права – быть примером для подражания.
Я могу научить людей в сфере единоборств, но в жизненных ценностях мы все нуждаемся в наставлениях и в напоминаниях.
View this post on InstagramA post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Dalam pertarungan UFC, Khabib mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut tanpa kalah. Senarai petarung UFC dengan kemenangan berturut-turut terbanyak.
16 – Anderson Silva
13 – Max Holloway
13 – Demetrious Johnson
13 – Jon Jones
13 – Georges St-Pierre
12 – Khabib Nurmagomedov
12 – Tony Ferguson