Rasanya sudah ramai yang tahu bahawa WWE adalah sukan yang sekadar hiburan ataupun jalan cerita yang sudah direka. Namun dahulu, ramai yang percaya bahawa WWE adalah sukan sebenar.
Lihat detik di mana Ronda Rousey menghempas Tripple H ke meja ini, anda rasa ia benar-benar berlaku?
Gusti sebenar pastinya, gusti seperti di sukan Olimpik di gelanggang. Dalam WWE, pemenang sudah ditentukan dan jalan cerita sudah disusun sebaik mungkin dengan set dan prop.
Namun ada beberapa kecederaan ringan dan serius memang benar-benar berlaku dan ia lebih kepada tidak disengajakan.
Penampar Dr D
Siasatan pertama tentang gusti WWE ini yang dahulunya dikenali WWF ini palsu, dilakukan pada 1984, apabila wartawan bernama John Stossel menerjah dan berhadapan dengan Dr D dalam rancangan 20/20.
Selepas beberapa soalan panas, Stossel memberitahu Dr D: ‘Rasanya, ini semua ‘fake’.’
Marahnya Dr D ataupun David Schultz terus menampar Stossel dan bertanya: ‘Anda rasa tamparan itu ‘fake’?’.
Selepas peristiwa itu, Stossel mahu menyaman WWF sebanyak $425,000 kerana menampar beliau yang mendakwa dirinya telah menyebut realiti sebenar kepada rakyat Amerika Syarikat.
Schultz serta merta digantung oleh New York State Athletic Commissioner yang menonton insiden itu. Selepas itu komisioner tersebut telah menekan WWE agar menghantar laporan setiap acara WWF.
Dalam setiap acara pertarungan mereka perlu sediakan senarai nama hanya penggusti berlesen, pengadil dan penjaga masa yang bertauliah.
Setiap acara juga perlu dicukai berdasarkan hasil kutipan di pintu masuk. Seterusnya, mereka perlu menyediakan perkhidmatan kecemasan yang lengkap. WWF diminta menyediakan semua laporan itu ke badan sukan tersebut.
Selepas itu, Vince McMahon merasakan beliau perlu mengambil langkah drastik dan memberitahu rahsia terbesar WWF. Beliau mengesahkan bahawa WWF sebenarnya hanyalah sukan berbentuk hiburan. Jadi, mereka tidak sepatutnya tertakluk di bawah New York State Athletic Commissioner.
Lahirnya Hiburan Sukan
Itulah hari pertama Amerika Syarikat mendengar Hiburan Sukan. Sebelum ini hanya hiburan nyanyian, filem, drama dan sebagainya. Kali ini hiburan adalah daripada satu kisah sukan yang sudah dirancang dan direncana.
Pada 10 Februari 1989, disaksikan oleh senat New Jersey, Vince McMahon meminta WWF dikeluarkan daripada senarai sukan ‘sebenar’.
Justeru, beliau meminta agar WWF tidak dikenakan syarat dan juga menghantar laporan piawaian kepada Athletic Commissions. Beliau berkata:
“Gusti profesional (WWF) haruslah didefinisikan sebagai satu aktiviti di mana, orang yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan hiburan kepada penonton, bukannya satu acara untuk pertandingan atlet sukan.”
McMahon berjaya meminta WWF dikeluarkan daripada badan sukan itu selepas memenangi undian 37-1.
Pengakuan McMahon ini telah mengundang rasa tidak senang hati di kalangan penaja dan juga penggusti yang merasakan beliau telah membunuh secara total WWF. Ianya bakal membuatkan WWF bungkus selamanya.
Akhirnya, Vince McMahon menggunakan nama Sports Entertainment (Hiburan Sukan) untuk francais WWF. Beliau disokong oleh Linda McMahon dalam usaha melawan ‘State Commissions’ serta saman $425,000.
Bagi McMahon, lebih baik berterus terang daripada cuba bersembunyi di sebalik realiti selama-lamanya.
Era Baru WWE
Dengan kejayaan mendapatkan status hiburan sukan, acara WWF tidak lagi tertakluk di bawah kuasa State Commissions. Jadi mereka tak perlu menyediakan pengadil gusti bertauliah yang memakan kos sangat tinggi.
Mereka juga tidak perlu menyediakan beberapa perkhidmatan khas untuk penganjuran acara sukan termasuk menyediakan ambulan. Namun selepas banyak kes kecederaan serius, mereka menyediakan kelengkapan keselamatan yang setanding sukan profesional lain.
Ini adalah salah satu temu ramah Vince McMahon yang menegaskan sekali lagi bahawa, WWF/WWE adalah rekaan semata-mata. Beliau tidak mahu orang bandingkan WWE dengan sukan seperti football (American Football).
Ini kerana sukan seperti itu tidak boleh direncana (scripted). Ia tugas yang mustahil untuk merancang hiburan untuk sukan seperti itu.
Walaupun bwgitu, masih ada juga percaya benda itu adalah bukan rekaan. Lihatlah lelaki di bawah ini yang merasakan dirinya tidak mahu mengubah kepercayaan selama ini bahawa gusti itu adalah bukan ‘fake’.
McMahon juga menegaskan beliau yang memperjuangkan bahawa WWE bukan sukan yang ada pertandingan sebenar di antara atlet.
Baru-baru ini, Presiden UFC, Dana White sekali lagi mengungkit bahawa WWE adalah ‘fake’. Brock Lesnar agak kecewa dengan kenyataan itu dan memberitahu, ramai orang di luar sana sudah tahu.
Namun WWE juga seperti UFC, cuba mempromosi sukan pertempuran. Bezanya mereka adalah sukan untuk program hiburan. Beliau menjawab:
“Sudah tentulah itu ‘fake’, Dana OK. Semua orang tahu akan itu. Namun kita mempromosi benda yang sama iaitu pertempuran. Kami (WWE) lebih banyak halangan dalam pertarungan kami.”
“Ini kerana, ianya arena yang berbentuk pentas persembahan. Dan jika anda membuka WWE pada malam Isnin dan tak terhibur, ada sesuatu tak kena pada anda.”
“Kami promosi benda yang sama. Dia cuba menjual ‘pay per view’, dia cuba menjual ‘money fight’, ia rekod yang sama.”
“Ya, memang tiada siapa yang cedera, namun model perniagaan kami sama dengan mereka. Dan Vince McMahon (Presiden WWE) lebih baik daripada Dana dalam beberapa perkara.”
“Ini kerana Vince adalah pelopor semua ini. Dia sudah melakukannya sepanjang hidup dia. Dan dia sangat hebat melakukannya.” (merujuk kepada kestabilan jenama WWE sejak dahulu sehingga kini).