Bagaimana Cara Real Madrid Melenyapkan Nama Bale Dari Los Blancos

Real Madrid kini dalam usaha untuk memadam nama Gareth Bale dari skuad dan ianya kelihatan sangat tegas.

Bale kini sudah melepasi tahap untuk tidak berpaling lagi dengan Los Blancos dan dirinya sendiri masing-masing terdesak untuk membuat haluan sendiri.

Bintang Wales itu kini memperoleh pendapatan bernilai £600,000 seminggu dan pastinya sukar untuk menemukan pembeli yang berminat pada jendela perpindahan musim panas ini.

Tetapi menurut laporan dari Marca, gergasi Sepanyol itu dengan senang hati bersedia untuk mengusir Bale keluar dari kelab dengan cara mengiklankannya dan mereka sudah pon melakukan hal tersebut.

Melalui penjual rasmi barangan kelab, kesemua pemain utama skuad mempunyai jersi masing-masing untuk dipamerkan tetapi tidak untuk Bale.

Ketika melihat pada jersi yang dipamerkan, ianya melompat dari susunan nombor 10 milik Modric kepada nombor 12 milik Marcelo, jelas nombor 11 milik Bale tiada dipamerkan di situ.

Sekiranya ada peminat yang berminat untuk membeli jersi yang mempunyai nama Bale di belakang, penjual akan mendapatkannya dari bahagian tersorok dibelakang kaunter.

Bale juga dilihat langsung tidak terlibat dalam sebarang promosi berkaitan jersi atau kesemua produk milik kelab untuk musim baharu yang akan datang.

Akhir sekali, bekas pemain Tottenham Hotspur itu juga dilaporkan tidak akan turun menjalani latihan bersama skuad di Valdebebas menjelang bermulanya musim baru ini.

Rakaman yang dikeluarkan oleh Real sendiri pon hanya mempamerkan aksi Hazard sedang menjalani latihan menjelang pertemuan bertemu Real Sociedad nanti.

Dari semua yang dipamerkan langsung tiada penampakan Bale atau tiada sebarang tanda-tanda bahawa beliau akan turun beraksi untuk perlawanan pertama saingan La Liga nanti.

Tiada kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan beliau pada jendela perpindahan musim panas ini dan kontrak beliau sendiri pula akan tamat pada 2022 nanti.

Ada kemungkinan Bale akan menghabiskan sisa dua tahun kontraknya untuk berada di bangku simpanan sebagai mana beliau sering menolak untuk mempermudah urusan kelab.

Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Bale sebagai pemain pinjaman sekiranya usaha mereka untuk menandatangani Jadon Sancho gagal.

Kepulangan semula ke pangkuan majikan lamanya, Tottenham Hotspur juga sering diperkatakan sejak beberapa hari ini.

Ketika di tanya adakah beliau berminat untuk kembali beraksi di pentas premier league semula, Bale menjelaskan kepada Sky Sports:

“Ia adalah salah satu situasi jika pilihan itu timbul dan ia juga sesuatu yang saya akan fikirkan. Kita akan melihat apa yang berlaku nanti.”

“Kita masih mempunyai terlalu banyak lagi masa untuk jendela perpindahan ini dan saya sudah berfikir beberapa hal untuk masa depan saya. Masa akan menentukannya.”

“Ianya bukanlah sepenuhnya di tangan saya, keputusannya di tangan Real Madrid. Secara jujurnya mereka menjadikan semua perkara ini semakin sulit.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.