B Sathianathan Adalah Jurgen Klopp Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan B Sathianathan. Seorang jurulatih yang penuh dedikasi dan ingin memiliki banyak sekali kejayaan di dalam kariernya sebagai ketua jurulatih.

Beliau juga pernah dilantik menjadi ketua juga kebangsaan. Sebelum ini beliau juga merupakan jurulatih untuk generasi emas pasukan The Red Warriors.

Beliau kini merupakan ketua jurulatih pasukan Selangor FA. Salah sebuah pasukan terbesar di Malaysia.

B Sathianathan dikenali dengan gaya pengurusan taktikalnya yang licik dan penuh muslihat. Selain itu B Sathianathan sentiasa ada senjata rahsia di dalam perancangan taktikal beliau.

Beliau juga merupakan seorang yang sangat mesra dengan media. Oleh itu, tanpa was was Dan keraguan beliau berjaya memenangi hati media dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 yang lalu sebagai jurulatih mesra media.

Jelas sekali B Sathianathan merupakan seorang yang sangat disenangi media. Beliau tak pernah lokek dengan senyuman dan juga sentiasa terbuka melayan karenah media.

Segala perilaku dan kredibiliti beliau sangat mirip dengan Jurgen Klopp. Cuma bezanya, Sathianathan tak pernah tersingkir awal daripada UCL selepas menjadi juara tahun sebelumnya.

Jurgen Klopp sentiasa mesra dengan media dan disenangi. Jika ada anugerah itu di FIFA Best mahupun Ballon D’Or sudah pasti ia milik klopp.

Klopp juga seorang yang ahli dan pakar dalam taktikal bola sepak. Menguruskan pasukan dengan jersi dominan warna merah.

Seorang ahli politik terkemuka iaitu Nik Nazmi ternyata gembira apabila terserempak dengan Jurgen Klopp Malaysia. Tak semua orang boleh berkesempatan berjumpa dengan B Sathianathan yang sentiasa sibuk mencongak strategi pasukannya di pejabat.

Pertemuan itu berlaku kira-kira sebulan yang lalu. Nik Nazmi takjub, terkesima, bangga dan tak percaya dan berkata:

“Terserempak B Sathianathan, Jurgen Klopp Malaysia di Kota Bharu semalam.”

“Red Giants kalahkan Red Warriors 2-0 dalam friendly. Dua-dua pasukan yang saya sokong sejak era Azman Adnan dan Hashim Mustapha.”

“Tapi sekarang saya sokong Kuala Lumpur dan Setiawangsa Rangers.”

“Mungkin satu hari Sathia boleh jadi coach Rangers.”

https://www.facebook.com/159556865294/posts/10158007440315295/

B Sathianathan kini mengendalikan pasukan Selangor yang sedang bersaing dalam Liga Super Malaysia.

Namun permulaan musim 2020 agak goyah kerana beliau masih lagi menyusun atur pasukan bagi mencari keserasian di antara para pemain.

Baru-baru ini pasukan Selangor tewas di tangan pasukan Kedah 2-0.

B Sathianathan mengambil tanggungjawab di atas tersebut dengan para pemainnya. Menurut beliau ada sesetengah permainan yang tidak dapat menunjukkan aksi terbaik.

Beliau juga aku dengan  kehebatan pasukan Kedah dalam perlawanan tersebut.

Liga Super Malaysia akan berehat seketika kerana penularan wabak Koronavirus. apabila mereka bersama kelab hasil yang bisa anda dan mahu memastikan pasukan Selangor akan dapat memberikan aksi terbaik mereka gagal mencapai momentum terbaik.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.