Azam Tahun 2020 Lelaki Terkaya Afrika Ini Mahu Beli Arsenal Dari Kroenke

Lelaki paling kaya di Afrika iaitu Aliko Dangote sudah menyatakan hasratnya untuk membeli Arsenal yang berpangkalan di London itu.

Ianya sebahagian daripada azam tahun 2020 oleh Aliko yang juga merupakan manusia ke-96 terkaya di dunia menurut Bloomberg. Beliau memiliki nilai kekayaan sekitar  $10.1 billion.

Angka itu sangat besar dan dirasakan sangat cukup untuk menjadikan Arsenal kuasa bola sepak dunia sekali lagi.

Aliko berminat dengan kelab Liga Perdana Inggeris, dan beliau mahu menjadikan pasukan segah Arsenal sebagai miliknya. Beliau sudah lama memendam hasrat itu. Cuma menanti hari yang sesuai untuk melancarkan bidaan.

Aliko Dangote merupakan billionaire yang berasal dari Nigeria. Beliau menyatakan hasrat itu kepada wartawan dalam satu warwancara dengan Bloomberg.

Azam tahun 2020 beliau adalah untuk memiliki Arsenal pada tahun hadapan.

Beliau berkata: “Arsenal adalah pasukan yang saya mahu miliki pada suatu hari nanti.”

“Namun saya nak katakan bahawa kini kami sedang berusaha menguruskan projek bernilai  $20 billion, dan saya sangat fokus kepadanya.”

“Saya akan menyiapkan dahulu pembinaan syarikat ini. Dan selepas kami selesai, dalam tahun 2021, kami akan mampu melakukannya.”

“Saya nak katakan bahawa saya bukan nak beli Arsenal sekarang. Tetapi saya nak beli Arsenal sebaik sahaja kesemua projek bernilai berbillion – billion saya selesai.”

“Kerana sekarang ini saya sedang berusaha menaikkan syarikat saya ini ke tahap tertinggi.”

Pemilik Arsenal yang ketika ini menjadi subjek kecaman penyokong Arsenal. Ini kerana Kroenke dilihat lebih serius dalam soal perniagaan berbanding bola sepak.

Walaupun musim ini Kroenke sudah membelikan Arsenal, Pepe, David Luiz, Kieran Tierney, William Saliba dan meminjam Dani Ceballos. Ia dianggap tak cukup lagi.

Penyokong Arsenal ramai yang sudah teruja kerana mereka bakal menjadi salah sebuah kelab dimiliki lelaki terkaya di dunia.

Dan mereka sudah membayangkan akhirnya hari tanpa Kroenke itu tiba juga.

Namun, harus diingatkan, ini bukan pertama kali si Aliko Dangote ini menyatakan hasratnya mahu membeeli Arsenal.

Beliau pernah menyatakan perkara yang sama pada 2018. Di mana beliau berjanji akan membeli kelab Arsenal yang kini diletakkan nilai sekitar $14.1 billion.

Aliko pada ketika itu berkata, selepas semua projek beliau selesai, dan syarikatnya stabil, beliau akan membeli Arsenal pada 2020. Beliau berkata begitu kepada Mirror.

Aliko juga berkata: “Pada 2020 nanti, kami akan beli Arsenal. Walaupun ketika itu ada pihak lain yang membeli Arsenal, kami akan belinya daripada mereka dengan harga yang mereka tak boleh tolak.”

Diharap segala urusan oleh Aliko Dangote dipermudahkan untuk memperkuatkan semula Arsenal seperti sebelum ini.

Arsenal ketika ini bergelut dengan prestasi. Mereka sudah memecat pengurus mereka pada musim ini dan kini tugas itu digalas Mikel Arteta.

Arsenal masih menyimpan hasrat untuk bermain di UCL pada musim hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.