Ayah Khabib Ubah Gudang Arak Jadi Gym Dan Akademi MMA Untuk Komuniti

Khabib Nurmagomedov merupakan petarung UFC yang paling hebat pada ketika ini.

Namun beliau dikenali dengan sikap kemanusiaan yang tinggi di dalam dirinya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Terbaru, Khabib telah membantu ayahnya untuk membuka sebuah gym yang juga menjadi akademi MMA di tempat kelahirannya Dargestan.

Ianya adalah gym yang akan memberikan manfaat kepada komuniti di sekitar.

Gym tersebut merupakan antara impian ayah Khabib yang mahu melahirkan lebih ramai petarung yang berani.

Bukan sahaja untuk bertarung di lapangan MMA, malah untuk melindungi masyarakat dan pejuang yang akan mempertahankan negara.

Khabib sendiri sebelum ini pernah berkata, seorang petarung MMA tidak seharusnya salah guna kekuatan mereka untuk membuli orang lain.

Khabib menyelar tindakan Conor McGregor sebelum ini yang menumbuk warga emas. Khabib mengangga itu tindakan bacul dan memalukan seluruh petarung MMA.

Seorang petarung MMA itu patut menggunakan kekuatan mereka untuk melindungi orang lain di sekeliling mereka dan menghormati orang lain terutama sekali orang tua.

Terbaru, RT Sports pergi berkunjung ke Dagestan di Makhackala untuk melihat perkembangan terbaru akademi MMA yang bakal siap dalam beberapa bulan lagi.

RT Sports menemuramah ayah Khabib iaitu Abdulmanap yang menjadi pemikir utama untuk rekaan dan juga konsep kepada gym itu.

Menurut Abdulmanap, gym itu dahulunya merupakan gudang penyimpanan arak. Dan mereka membelinya untuk membolehkan bangunan itu digunakan untuk aktiviti lebih berfaedah.

Ia akan menjadi akademi MMA dan menerima pelajar seawal 6 tahun. Abdulmanap menyatakan beliau akan menjadi pengendali dan orang yang akan menyelia akdemi tersebut.

Beberapa ruang khas diwujudkan dan dalam fasa pembinaan dan ubah suai.

Akademi itu kelak akan dilengkapi dengan ruang latihan yang besar mengikut tahap umur dan peringkat.

Bukan itu sahaja, terdapat tempat mandi, sauna, bilik belajar, ruang serba guna serta asrama untuk para pelatih.

Selain itu, tuntutan agama tidak pernah dipandang ringan oleh Abdulmanap dan Khabib. Lantas ada ruang solat disediakan kepada pelatih beragama Islam.

Menurut Abdulmanap lagi, akademi itu kelak akan mampu menampung sehingga 60 pelatih pada satu masa.

Dan beliau berharap gym itu nanti akan menjadi penanda aras kepada gym-gym yang lain di Rusia selepas ini.

Abdulmanap sudah banyak berjalan ke luar negara bersama Khabib dan belajar daripada yang terbaik dalam menguruskan gym.

Beliau berkata: “Tempat ini dulu asalnya gudang penyimpanan arak.”

“Di sini akan menempatkan pusat latihan MMA, tinju, gusti dan judo. Latihan itu semua akan dilakukan pada satu sesi yang serentak.”

“Saya sudah menjadi jurulatih di sini selama 3 tahun, dan saya akan menjadi penasihat di tempat ini.”

“Kami menerima pelatih seawal usia 6 tahun dan kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bawa anak mereka ke sini.”

“Ini bukan gim biasa, ia juga sekolah. Kami akan melatih anak-anak mereka menjadi lelaki yang mampu mempertahankan negara pada masa depan,” katanya.

Selain itu Abdulmanap juga mewujudkan satu tingkap khas yang dikatakannya sebagai tingkap kegemarannya untuk memerhati dan menjerit kepada pelatih di bawah – agar mereka berlatih bersungguh-sungguh.

Berdasarkan kenyataan Khabib, gym serba canggih ini sepatutnya sudah dibuka pada Disember. Dan Khabib sempat berseloroh, beliau gembira adanya gelanggang bola keranjang kerana beliau boleh menewaskan pasukan Islam Makachev.

https://youtu.be/JyYHw6el8W4

Khabib Nurmagomedov kini dalam persiapan untuk berhadapan dengan Tony Ferguson dalam acara utama MMA pada tahun hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.