Conor McGregor sebelum ini menuduh Khabib Nurmagomedov sebagai pengecut dan cuba melarikan diri, takut kalah, dengan menolak untuk pertarungan ulangan dengan beliau.
Conor McGregor mengulangi kenyataannya bahawa Khabib Nurmagomedov menolak cabaran yang dilontarkannya untuk rematch.
Sudah beberapa kali Conor McGregor sebelum ini melontarkan cabaran ke atas Khabib dan meminta Dana White mengatur rematch untuk mereka.
Namun ianya gagal!
McGregor mahu membalas dendam di atas kekalahannya di tangan Khabib Nurmagomedov.
Tak Dapat Lawan Khabib, McGregor ‘Set’ Sendiri Petarungan Menerusi Twitter
McGregor menyataka perkara itu dalam wawancara pertama beliau bersama UFC sejak kembali semula secara rasmi.
Malah petarung UFC dari Ireland itu juga memberitahu bahawa, Khabib gerun akan potensi bahawa mereka akan bertemu semula di masa akan datang.
“Dia (Nurmagomedov)goyang (trembling). Dia seorang pengecut. Dia tak mahukannya. Dia tak inginkan pertarungan ulangan antara kami.”
"I just smell shit, that's all it is. He's afraid and that's it but everyone wants it. The boss wants it, Dana wants it, we all want it. So he can run but he cannot hide." – Conor McGregor on a rematch with Khabib Nurmagomedov (via @Maclifeofficial) pic.twitter.com/OaU1dsY0Na
— Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) January 3, 2020
“Dia cuba untuk mengelak kekalahan sekali lagi. Saya dah dapat menghidu tindak tanduknya.”
“Dia pengecut, itu sahaja.”
“Semua orang mahukan pertarungan ulangan ini. Bos Dana White mahukannya. Kita semua mahukannya. Dia boleh megelak namun dia tak boleh menyembunyikan diri.”
“Saya sudah tak sabar untuk bertarung semula dengan dia.”
Kedua dua petarung bertemu di octagon pada Oktober 2018 dalam acara utama UFC 229. Di mana Nurmagomedov ketika itu menewaskan McGregor dengan tap out oleh Conor McGregor pada pusingan keempat.
McGregor mengakui dia silap percaturan sehingga dikunci McGregor pada pusingan keempat.
Namun McGregor menyatakan secara statistik dia adalah pemenang jika pertarungan itu tak berakhir dengan tap out.
Hal ini kerana McGregor percaya, dalam perlawanan itu Khabib tidak banyak menyerangnya dan hanya melarikan diri mengelak daripada pertarungan terbuka.
“Saya rasa saya menang pusingan pertama. Saya mengatasi Khabib 3-1. Ok, dia dapat saya pada posisi tersebut, tetapi saya menang 3-1 secara kiraan.”
Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) says Khabib Nurmagomedov is scared to rematch, thinks he was winning at #UFC229 https://t.co/k3QQ4QIloZ
— MMA Junkie (@MMAjunkie) January 3, 2020
“Apa yang dia buat pada pusingan pertama? Pusingan kedua dia buat apa?”
“Lihatlah betapa agresifnya saya ke atas Khabib ketika itu. Dia pula hanya tahu melarikan diri di sekitar octagon.”
“Dia bernasib baik sedikit pada pusingan kedua kerana dia beraksi baik. Namun apa berlaku selepas itu? Saya memenangi kembali pusingan ketiga. Termasuk pembukaan pusingan keempat, saya lebih baik.”
“Saya menang pusingan keempat sehingglah dia dapat mengunci saya.”
Khabib sebelum pernah menepis dakwaan beliau takut berlawan semula dengan McGregor. Namun Khabib lebih mengutamakan pertarungan atas semangat kesukanan.
Di mana, siapa lawan yang berhak merebut tali pinggang kejuaraan, maka itulah yang harus diberikan laluan terlebih dahulu.
Khabib Nurmagomedov sedang mempersiapkan diri untuk aksi berhadapan dengan Tony Ferguson pada April yang akan datang.
Conor McGregor baru sahaja menang dalam pertarungan berhadapan dengan Donald Cerrone dalam aksi kepulangan semula beliau ke kancah UFC. Di mana McGregor menang dalam masa 40 saat.
McGregor masih berharap akan dapat bertemu semula dengan Khabib Nurmagomedov selepas ini bagi membalas dendam di atas kekalahannya.
Khabib berikan syarat
Terbaru Khabib Nurmagomedov sanggup untuk rematch dengan Conor McGregor. Ini dengan meletakkan syarat, kem Khabib menerima $100 juta.
Menurut bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov, Khabib layak untuk menerima bayaran sebanyak itu untuk perlawanan tersebut.
— khabib nurmagomedov (@TeamKhabib) January 24, 2020
“Kami pun mahukan rematch dengan dengan Conor. Tetapi beri kami sebanyak AS$100 juta. Selepas perlawanan menentang Ferguson nanti, beri kami jumlah itu.”
“Mengapa kami perlu menolak untuk bertarung kan?”
“Saya tidak pasti, mungkin Dana White mahu menguruskan isu bayaran sebanyak itu, kerana dia sangat memerlukan pertarungan itu,”