Aubameyang Tolak Tawaran Arsenal Kerana Nak Menang Piala

Pierre-Emerick Aubameyang setakat ini tiada tanda-tanda akan melanjutkan kontraknya bersama Arsenal.

Ini selepas tawaran terbaru yang beliau terima, dilaporkan turut ditolak.

Aubameyang baru sahaja diberikan jawatan kapten oleh Arsenal, menggantikan Granit Xhaka.

Arsenal kini dalam krisis prestasi. Dan beberapa pemain senior mereka menampakkan kekecewaan mereka pada musim ini.

Ozil dilihat meroyan di dalam padang. Sebelum ini Xhaka memaki hamun peminat Arsenal di dalam stadium.

Dan dalam aksi minggu lalu, Aubameyang dilihat memarahi Willock di dalam padang kerana kesilapannya menjadi punca gol lawan. Willock baru sahaja berusia 20 tahun.

Ramai penyokong Arsenal kecewa dengan sikap seorang kapten seperti Aubameyang. Mereka mempertikaikan kepimpinan pemain dari Gabon itu.

Sedangkan apabila Lacazette melakukan kesilapan, beliau buat tutup mata sahaja. Mereka menganggap Aubameyang telah melakukan ‘abusing’ ke atas Willock yang tidak bagus untuk pemain muda itu.

Pierre-Emerick Aubameyang masih enggan melanjutkan kontrak di Arsenal. Musim lalu lagi beberapa tawaran lanjutan kontrak sudah dihantar kepadanya, namun pemain itu menolak.

Malah ada media melaporkan Aubameyang mempertimbangkan untuk ke China ataupun menyertai musuh mereka Manchester United.

Aubameyang dikatakan mahukan piala. Dan beliau tidak melihat Arsenal yang ada ketika ini mampu melakukannya.

Aubameyang turut mahu konsisten beraksi di Liga Juara-Juara Eropah. Dan situasi Arsenal sekarang sangat jauh daripada harapan beliau.

Kontrak semasa beliau ada 18 bulan lagi. Jika beliau tidak melanjutkan kontrak, setahun dari sekarang, beliau boleh menjadi pemain percuma.

Sejak bermain untuk Arsenal, Aubameyang sudah menjaringkan 53 gol daripada 83 penampilan.

Beliau menjadi pemenang kasut emas EPL musim 2018/19. Walaupun krisis prestasi yang teruk di Arsenal, Aubameyang pemain yang konsisten di hadapan gol.

Aubameyang dikatakan tidak melihat Arsenal serius dalam membentuk pasukan yang boleh bersaing kejuaraan.

Dan beliau kini sudah menyatakan pendiriannya tentang kontrak semasa. Jika Arsenal mahu menjualnya, maka harus dilakukan segera.

Arsenal kini diuruskan oleh Freddie Ljungberg sebagai pemangku. Jurulatih baharu yang tetap akan dilantik dalam masa terdekat.

Namun ada juga laporan menyatakan Arsenal tidak tergesa-gesa mencari pengganti. Dan mungkin pengendali baharu akan dilantik pada musim hadapan.

Di antara ramai calon, Arsenal turut menyenaraikan Brendan Rodgers dan juga Mikel Arteta sebagai calon pengurus tetap mereka yang baharu.

Arsenal kini sudah 9 perlawanan tanpa kemenangan. Mencipta rekod permulaan paling buruk dalam kelab sejak 1977.

Keadaan itu boleh jadi lebih buruk jika mereka gagal menang ke atas Chelsea atau Man United pada Disember ini.

Aubameyang masih menjadi pemain yang dikehendaki banyak kelab di dunia ini. Jadi, beliau tiada masalah untuk mencari pasukan besar yang baharu.

Tetapi Arsenal pasti tak relah kehilangan kapten yang sudah banyak kali menyelamatkan Arsenal dengan keupayaannya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.