Aubameyang Merajuk Dan Tidak Mahu Bermain FIFA Tahun Ini

Pierre-Emerick Aubameyang telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bermain lagi permainan video FIFA tahun ini.

Hal ini kerana beliau kecewa dengan EA yang telah menurunkan ratingnya dalam siri terbaru permainan video FIFA 21.

Bintang sensasi Arsenal itu telah menikmati musim yang sungguh cemerlang dalam kariernya musim lalu.

Beliau berjaya menjaringkan 22 gol dalam saingan premier league dan membantu Arsenal menjuarai Piala FA dengan menjaringkan dua gol di peringkat separuh akhir dan akhir kejohanan tersebut.

Aubameyang juga merupakan pemain penting ketika membantu Arsenal  menewaskan Liverpool dalam community shield yang lalu.

Namun walau melalui musim yang gemilang, rating Aubameyang dalam kad FIFA Ultimate Team Oleh FIFA telah diturunkan sebanyak -1.

Ramai peminat terkejut dengan penilaian itu bahkan Auba sendiri seorang tidak percaya dengan melihat ratingnya diturunkan selepas beliau melalui musim yang cemerlang.

Aubameyang hanya mampu untuk ketawa sahaja melihat rating yang diberikan kepadanya ketika hari pengumuman rating FIFA kad itu.

Aubameyang turut tidak mahu memberikan sebarang komen tentang rating yang diberikan kepadanya, dan beliau hanya mahu para peminat menilai sendiri berapa nilai yang selayaknya beliau terima.

Terbaru, Aubameyang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau tidak akan bermain FIFA lagi tahun ini.

Beliau membuat keputusan itu kerana berasa teralu kecewa dengan rating dirinya yang disifatkan seperti sampah.

Dalam satu tangkap layar perbualan antara Aubameyang dengan sahabatnya, pemain kebangsaan Gabon itu menyatakan:

“Hahahaha tak main FIFA tahun ni. Dia ni sampah kot dekat kad saya. Rating 87 mana cukup.”

blank

Bukan Aubameyang saja yang kecewa dengan rating yang beliau terima, Lukaku juga merupakan pemain yang sangat terluka dengan ratingnya dalam FIFA 21.

Lukaku menyatakan bahawa penilaian yang diberikan dalam permainan FIFA sebenarnya digunakan oleh EA Sports untuk tujuan penerbitan sahaja tanpa mempedulikan kualiti sebenar para pemain.

Sebelum ini juga, Lukaku pernah meluahkan rasa kekecewaannya kepada EA Sports setelah namanya dikeluarkan dari Ultimate Team dan hanya mendapat penilaian 85 pada FIFA 20, atau dua mata lebih rendah daripada edisi sebelumnya.

Lukaku juga melalui musim yang cemerlang ketika beraksi bersama Inter Milan musim lalu, selepas mengharungi musim yang sukar bersama setan merah sebelumnya.

Lukaku menjaringkan 23 gol dari 36 penampilannya bersama Inter Milan dalam saingan Serie A.

Walaupun aksinya semakin meningkat dari musim sebelumnya ketika bersama setan merah, namun rating lukaku dalam FIFA 21 sama saja dengan edisi sebelumnya.

EA Sports sememangnya sentiasa mendapat kritikan dari kalangan pemain dan peminat setiap kali mereka mengeluarkan edisi terbaru rating dalam permainan FIFA.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.