Aubameyang Ketuai Kesebelasan Paling Hambar Premier League Mengikut Ramalan Supercomputer

Data terbaru Supercomputer telah mendedahkan bahawa bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang merupakan pemain paling tidak berprestasi dalam saingan premier league musim ini.

Beliau dinilai dengan nilai yang sedikit lebih rendah berbanding bintang Liverpool, Sadio Mane yang turut tidak mencapai tahap prestasi terbaiknya musim ini.

Ketua pasukan Arsenal itu sendiri turut mengakui bahawa beliau mengalami kesukaran lada musim ini, dan statistik turut membuktikan dakwaan beliau benar.

Beliau cuma menjaringkan tiga gol sahaja dari 15 perlawanan dalam saingan premier league musim ini, dan ia sedikit mengejutkan untuk melihat nama Sadio Mane berad di kedudukan kedua.

Data tersebut diambil dari Fantasy5’s supercomputer, yang menggunakan algorithm berdasarkan rekod jaringan di fantasy football, dengan mengambil kira jaringan terkini berserta statistik yang sepatutnya mereka capai.

Aubameyang jelas beraksi dibawah kemampuan beliau dengan beliau hanya mampu mencapai purata 4.1 mata setiap minggu.

Ia merupakan penurunan mata paling teruk dalam sejarah premier league setakat ini.

Di tempat kedua pula merupakan Sadio Mane yang mencatatkan purata 3.0 mata setiap minggu dan ia dibawah standard kemampuannya.

Rakan sepasukannya, Trent Alexander Arnold juga turut mengalami penurunan dari kutipan matanya setiap minggu yang mana beliau hanya mengutip purata 2.8 mata sahaja setiap minggu.

Pemain pertahanan kanan Liverpool itu sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya seperti musim lalu dengan menjaringkan empat gol dan mencatatkan 13 assists.

Pemain penyerang Manchester United, Mason Greenwood juga mencatatkan penurunan dengan hanya mengutip 2.8 mata sahaja setiap minggu sepanjang musim ini.

Dari 11 penampilan dalam saingan liga, Mason Greenwood hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja untuk skuad setan merah.

Berikut merupakan kesebelasan utama pemain yang beraksi di bawah tahap prestasi sebenar sepanjang musim ini.

GK: Aaron Ramsdale (Sheffield United)

RB: Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

CB: Enda Stevens (Sheffield United)

CB: John Egan (Sheffield United)

LB: Luke Shaw (Man United)

RW: Willian (Arsenal)

CM: Kai Havertz (Chelsea)

CM: Joao Moutinho (Wolves)

LW: Sadio Mane (Liverpool)

FW: Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

FW: Mason Greenwood (Man United)

Ia sama sekali tidak mengejutkan untuk melihat Willian hanya mengutip purata 2.3 mata sahaja setiap minggu dan Kai Havertz pula mencatatkan 1.9 mata.

Hal ini kerana kedua-dua mereka sukar untuk mendapatkan keserasian bersama pasukan baru masing-masing dan tidak mencapai standard persembahan yang sepatutnya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.