Aubameyang: Jangan Nak Sembang Soal Wang Dengan Saya Watzke

Pierre-Emerick Aubameyang terus membalas ‘pantun’ yang dijual oleh CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke yang memperlekehkan kehendak beliau menyertai Arsenal, sehingga sanggup tak bermain di UCL.

Semalam, Watzke menyatakan Aubameyang antara pemain yang mata duitan. Sanggup ‘downgrade’ dari Borussia Dortmund, yang bermain di UCL ke Arsenal, yang sudah lama tidak bermain di UCL, demi gaji yang lebih lumayan.

Menurut Watzke, Aubameyang telah mensia-siakan masa-masa terbaik beliau dengan menyertai pasukan Arsenal berbanding dengan Borussia Dortmund.

Watzke berpendapat Aubameyang berada dalam prestasi kemuncak karier beliau, tetapi sayangnya pemain itu tidak dapat menyajikan aksi di peringkat tertinggi, bermain di UCL.

Watzke juga mendedahkan bahawa, Aubameyang telah mendesak perpindahan tersebut, sehinggakan kelab terpaksa menjual beliau.

Arsenal membeli Aubameyang dengan nilai £56 juta. Dortmund terpaksa menjual pemain itu kerana sudah 3 kali dikenakan tindakan disiplin oleh kelab.

Watzke berkata kepada Suddeutsche Zeitung: “Sudah tentu sukar untuk kami mengekalkan pemain apabila ada wang sejumlah itu diletakkan di hadapan kami.”

“Ada sesetengah pemain pergi ke kelab lain untuk kejar wang, walaupun mereka sudah bertahun tahun tak bermain di Liga Juara-juara Eropah sekalipun.”

“Pierre-Emerick Aubameyang, pemain yang bermain dengan sangat hebat dengan Arsenal.”

“Rasanya beliau akan sentiasa tersenyum girang melihat akaun bank beliau. Tetapi pada setiap Rabu beliau akan sedih kerana terpaksa menonton Liga Juara-Juara Eropah di depan tv,” tambah beliau lagi.

Aubameyang membalas balik menerusi twitter beliau: “Lebih baik jangan mulakan perbincangan tentang kenapa saya tinggalkan Dortmund Mr Watzke, anda seorang badut.”

“Saya masih ingat lagi ketika anda menyatakan ‘kita tidak akan sesekali jual Ousmane (Dembele). Dan kemudiannya kamu melihat tawaran 100 juta, kamu yang pertama mengambil wang itu.”

“Jangan cakap soal duit, tolonglah !!! Tolong jangan ganggu saya.”

Aubameyang menjadi penggempur penting dalam pasukan Arsenal, dalam usaha pasukan tersebut kembali semula ke kelompok pasukan elit di Eropah.

Beliau merupakan pilihan utama Unai Emery dalam kesebelasan utama kerana ketajaman dan juga mentaliti beliau yang sangat kuat.

Aubameyang pemain yang laju, berskil dan juga memiliki imaginasi yang sangat tinggi di hadapan gol.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.