Atlet Korea Selatan Ini Dedahkan Mesej Yang Diterima Daripada Atlet Korut

Kita serumpun! Itulah yang mungkin berlegar di dalam kepala atlet hoki ais Korea Selatan sebaik sahaja meninggalkan Korea Utara selepas tamat Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Utara.

Diplomatik adalah isu terbesar melibatkan kedua-dua buah negara sejak berdekad-dekad lamanya. Namun sentiasa ada sahaja kisah istimewa setiap kali temasya sukan besar seperti Olimpik.

Dalam Sukan Olimpik London dan Rio sebelum, beberapa atlet kedua-dua buah negara duduk berbual bersama-sama di dalam venue sukan.

Kali ini, dalam temasya Olimpik musim sejuk, dunia menyaksikan semangat serumpun atlet kedua-dua buah negara.

Antaranya adalah tindakan atlet pasukan hoki ais wanita Korea Utara yang mengucapkan terima kasih kepada atlet Korea Selatan, Suji Cho telah banyak menyentuh hati ramai pihak.

Dalam temasya Olimpik Rio 2016, Hong Un Jong dari Korea Utara telah bergambar mesra dengan atltet Korea Selatan Lee Eun-ju. 2 atlet ini sangat mesra menjalinkan persahabatan dan seperti adik dan kakak.

Namun selepas ini, amat sukar untuk mereka berinteraksi lagi.  Atlet Korea Utara dilarang menggunakan telefon pintar dan berhubung dengan dunia luar.

Anda boleh baca artikel berkaitan di sini: Dilema Atlet Olimpik Korea Utara, Hanya Pemenang Emas Digelar Hero

Jadi, mereka menggunakan tulisan pada nota kertas untuk menghantar mesej penghargaan mereka kepada rakan-rakan baru mereka di perkampungan sukan.

Mereka melakukan perkara yang sama kepada atlet lain dari negara lain. Namun untuk Korea Selatan, ianya lebih istimewa kerana mereka serumpun, sama bahasa dan sama tulisan.

Ada yang yang mengucapkan terima kasih kepada atlet Suji Cho yang membantu mereka dalam terjemahan Bahasa Inggeris.

Beberapa mesej juga menenangkan Suji Cho agar dia tidak menangis dengan perpisahan mereka dan menganggap persaudaraan di antara mereka untuk selama-lamanya.

Antara mesej daripada atlet Korea Utara kepada rakan mereka dari Korea Selatan itu adalah:

Choi Jung Hee: ‘Saya tidak akan pernah lupakan kamu dongsaeng (adik/dik) Suji’

Ryu Su Jung: ‘Saya tidak akan lupakan jasa kamu membantu saya dalam terjemahan’

Hwang Sung Kyung: ‘Saya akan sangat merindui kamu kak (unnie) Suji, sekarang ni kita terpaksa berpisah’

Yeo Song Hee: ‘Sahabatku Suji Cho, anda akan kekal dalam ingatan saya dan ingati detik indah bersama. Semoga kita berjumpa lagi.’

Chung Guem: ‘Jangan menangis kak Suji, ia buatkan saya sebak. Awak sangat cantik, dan saya akan ingati semua kenangan dengan awak bila saya balik ke rumah.’

Kim Eunjung: ‘Saya tidak akan lupakan kamu dik Suji. Saya berterima kasih jika kamu pun ingat akan saya. Saya gembira dapat meluangkan masa dengan kamu’.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.