Kenali Atlet & Jelitawan Yang Menjadi Jurulatih Kecergasan Borussia Dortmund

Atlet jelita Jerman, Alicia Schmidt mencuri tumpuan ramai apabila tampil sebagai jurulatih kecergasan kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Schmidt yang juga merupakan seorang model turut dikenali kerana perkongsian-perkongsian seksi dan mencolok mata pengikutnya di Instagram.

Alicia Schmidt pernah terpilih sebagai atlet paling menarik perhatian oleh Busted Coverage pada 2018 dan memilki hampir 1 juta pengikut di Instagram.

Siapakah Alicia Schmidt?

Berusia 21 tahun Alicia Schmidt juga sebenarnya adalah seorang model. Nama tersebut juga telah meraih beberapa perkara penting di dalam dunia olahraga.

Dia membantu kuartet kebangsaan Jerman untuk memenangi pingat perak dalam acara 4×400 meter untuk wanita di Kejohanan Atletik Eropah U-17.

Merupakan seorang atlet muda, Schmidt adalah jaguh acara 400 meter dan pernah memenangi pingat perak bagi acara tersebut di Kejohanan Olahraga Eropah pada 2017 ketika berusia 18 tahun.

Dia juga berjaya memenangi pingat gangsa pada Kejuaraan Bawah 23 Tahun Eropah dengan jumlah yang sama. Kejayaan ini membuatkan Alica mendapat penajaan khas dari Puma.

Alicia juga sepatutnya akan bertanding mewakili Jerman di temasya olimpik di Tokyo pada tahun ini.

Merupakan seorang atlet pilihan dalam acara tersebut, kerja keras Schmidt bagaimana pun terbantut akibat wabak dunia yang menular.

Peranan bersama Dortmund

Baru baru ini, peminat bola sepak mendapati Schmidt bersama sama dengan pemain Borussia Dortmund untuk latihan kecergasan.

Beliau juga berlari bersaing dengan Mats Hummels di trek, dan menewaskan pemenang Piala Dunia itu dengan larian 400m.

Hummels, bahagian penting dalam pasukan pemenang Piala Dunia Jerman 2014, mendakwa dia tersilap kerana memandang rendah Schmidt. Amboi, ni betul betul kalah ke mengalah ni bey Mats?

Hummels dilihat terbaring di atas trek selepas sesi larian jarak 400m itu.

Kehadiran Schmidt sebenarnya adalah sebahagian daripada inisiatif Puma yang turut menjadi penaja Borussia Dortmund.

Alica Schmidt menjadi jurulatih kecergasan dalam beberapa sesi khas bersama para pemain Dormund.

Alica Schmidt baru sahaja kembali menjalani latihan intensif beberapa bulan lalu selepas selesai kuarantin.

Beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk melatih dan pada masa yang sama berlatih dengan beberapa pemain bola sepak profesional.

Pemain seperti Hummels, Thomas Meunier, Felix Passlack dan juga pemain antarabangsa Switzerland, Manuel Akanji, semuanya berlatih dengan Schmidt dan mengambil bahagian dalam beberapa sesi latihan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.