Atlet Ini Disingkirkan Daripada Rentas Desa Kerana Berhijab

Sabtu lalu seorang remaja telah disingkirkan daripada pertandingan merentas desa untuk peringkat sekolah tinggi. Kejadian itu berlaku di Ohio.

Noor Abukaram disingkirkan hanya kerana beliau berhijab. Perkara itu disahkan sendiri oleh Yahoo Sports yang menghubungi Ohio High School Athletic Association (OHSAA).

Noor bertanding untuk pertandingan merentas desa mewakili sekolahnya, Sylvania Northview High School Girls Cross Country Team. Dan Noor sudah mewakili sekolah itu selama 3 tahun. Sebelum ini tiada isu ataupun masalah.

Ketika hari beliau disingkirkan, Noor menyatakan beliau tidak diberitahu apa apa tentang kenapa beliau disingkirkan.

Jurulatih Noor, Jeffry Flowers dimaklumkan akan perkara itu. Namun beliau tidak melayannya kerana sudah memeriksa di dalam buku peraturan, isu hijab tiada disentuh langsung. Seterusnya Flowers yakin Noor tiada melakukan sebarang kesalahan dan pegawai tiada hak menghalang gadis itu berlari.

Flowers berkata: “Ketika pasukan kami menuju ke garisan permulaan, pegawai telah meminta surat pengecualian daripada jurulatih, kerana ada atlet telah melanggar etika berpakaian.”

“Saya tidak memiliki surat itu dan pegawai pertandingan, meminta kami segera mencari penggantinya. Ataupun jika Noor mahu terus berlari, dia diminta membuka hijabnya. Saya memutuskan agar Noor terus berlari.”

“Tak ada masa saya nak bertekak dengan pegawai untuk perkara seperti itu.”

Noor yang tidak tahu dirinya sudah disingkirkan terus berlari seperti biasa. Namun akhirnya dia sedar lariannya tidak dikira.

Dalam Facebooknya, Noor berkata: “Saya berlari dalam pertandingan yang hebat dan tak terlintas pun di fikiran saya, bahawa saya akan bertanding dalam pertandingan itu.”

“Saya menamatkan larian dan memeluk rakan rakan sepasukan. Saya bercakap dengan orang di sana dan secara keseluruhannya, ia adalah hari yang sangat baik sekali.”

Kemudian, salah seorang rakannya menyemak kedudukan akhir mereka. Dan mendapati Noor disingkirkan kerana berhijab.

“Ketika mendengarnya, hati saya remuk, saya jadi tak tentu arah dan terasa seperti ditumbuk dekat perut.”

Jurulatih beliau, Flowers mencatat catatan masa Noor dan ia adalah catatan terbaik Noor dalam karier beliau dengan 22 minit 22 saat. Malangnya masa itu tak dikira.

Noor kemudian mempertikaikan tentang layanan tak adil. Ini kerana ada rakan beliau yang menggunakan seluar pendek pada hari itu. Ia juga melanggar syarat pakaian yang ditetapkan. Tetapi pegawai pertandingan memberikan pengecualian khas atas alasan mereka ada surat pengecualian.

Dalam kes Noor, jurulatihnya boleh meminta pengecualian untuk atlet lain yang berseluar pendek tetapi tidak diberikan surat pengecualian khas untuk Noor.

“Isu dia sekarang, pegawai tidak memberikan saya layanan yang sama dengan apa yang mereka berikan kepada rakan rakan saya yang turut melanggar peraturan berpakaian.”

“Mereka dimaklumkan perkara itu dan diberikan peluang untuk menukar seluar mereka. Saya pula tidak diberikan peluang walaupun untuk menjelaskan keadaan, dan mereka tidak memberikan penjelasan yang munasabah tentang apa isu sebenar melibatkan saya.”

“Saya terasa hak saya sebagai atlet telah dicabuli minggu ini. Kerana peraturan ini tidak ada dalam peraturan bertulis. Saya tidak perlukan izin dan tandatangan dari OHSAA untuk membenarkan saya berlari hanya kerana hijab yang menutup aurat seperti tuntutan agama saya. Dan hujab tidak secara spesifik dilarang oleh OHSAA.”

Sepupu Noor turut kecewa mendengar cerita itu dan menulis di Facebooknya. Beliau menyatakan, malah di Olimpik sekalipun sudah ramai atlet berhijab.

Dan contohnya Nike, mengeluarkan pakaian sukan berkonsepkan hijab. Di sukan lain turut ramai atlet berhijab.

Aduh, macam macam, atlet transgender menang lumba basikal mengatasi wanita dan mencipta rekod dunia, dibenarkan. Wanita berhijab nak berlari dalam kategori wanita tidak dibenarkan.

Sumber: Yahoo

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.