Atas Semangat Kesukanan, Khabib Tekad Mahu Bantu Yayasan Kebajikan Poirier

Semalam telah berlangsung aksi UFC 242 melibatkan kad utama, Khabib Nurmagomedov berhadapan dengan Dustin Poirier.

Khabib berjaya melanjutkan lagi rekod kemenangan beliau kepada 28-0. Khabib menewaskan Dustin Poirier dengan submission yang membuatkan lawannya itu ‘tap out’.

Namun di sebalik permusuhan mereka di dalam gelanggang, Khabib-Poirier telah membuatkan seluruh dunia terkagum dengan semangat kesukanan mereka.

Selepas meraikan kemenangannya dengan melompat daripada pagar Octagon dan memeluk Dana White. Khabib sengaja mengingatkan kembali Dana kepada peristiwa sebelum ini beliau melompat dan mengeronyok kem McGregor.

https://twitter.com/i/status/1170459505567653889

Khabib ternyata kesal dengan tindakan itu dulu, kerana beliau termakan provokasi. Khabib sudah meminta maaf.

Kali ini, Khabib menunjukkan kepada dunia, bagaimana selayaknya sukan MMA itu dimainkan.

Khabib telah memberikan penghormatan kepada lawannya dengan mengangkat tangan Poirier, agar petarung itu diberikan tepukan oleh peminat yang hadir.

Ia benar-benar menarik. Ini kerana ketika dalam pertarungan, Khabib dan Poirier nampak sangat tegang, pada tamat pusingan pertama berlaku sedikit aksi pertikaman lidah. Namun itu dilupakan sebaik sahaja pertarungan tamat.

Khabib dan Poirier kemudian saling bertukar-tukar baju. Ramai yang terkesima kerana biasanya, bertukar-tukar baju ini dilakukan oleh pemain-pemain bola sepak sebagai tanda menghormati antara satu sama lain.

Dan Khabib dalam ucapan kemenangannya:

“Alhamdulillah. Saya tak tahu kenapa banyak sekali yang berlaku kepada hidup saya. Subhanallah.”

“Saya mahu melupakan semua perkara bodoh dengan orang yang sebelum ini (McGregor). Saya dan Poirier telah menunjukkan bahawa sukan MMA itu adalah tentang saling hormat-menghormati bukannya ‘thrash-talking’.”

Khabib kemudian menyatakan beliau menyokong usaha Dustin Poirier dalam memperjuangkan kebajikan menerusi MMA dan UFC.

Khabib juga menegaskan, dalam sukan MMA, sebarang usaha yang positif haruslah disokong walaupun ia dilakukan oleh lawan anda.

Lantas Khabib berjanji akan cuba menjual baju Poirier yang ada padanya. Kesemua dana itu akan disalurkan kepada Good Fight Foundation.

https://twitter.com/F00tba11News/status/1170461982312587265

Khabib menyatakan beliau mendapat tahu Dustin Poirier dan isterinya menubuhkan yayasan kebajikan itu. Selain daripada mengutip sumbangan menerusi derma, mereka juga menjual barangan cenderamata dan memorabilia untuk meraih dana.

Khabib turut berkongsi detik cemas beliau di mana, Poirier hampir menewaskan beliau dalam pertarungan ini. Mujur Khabib dapat melepaskan diri daripada submission oleh Poirier.

Kedua-dua mereka saling menghormati antara satu sama lain. Berbeza sekali dengan situasi ketika Khabib-McGregor sebelum ini yang disifatkan Khabib terlalu banyak thrash talk.

blank

Apa itu Good Fight Foundation?

Ianya yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Dustin Poirier dan isterinya, Jolie. Usaha mereka baru sahaja diberikan sokongan oleh pembekal peralatan sukan tempur, Everlast.

Yayasan ini menggunakan platform MMA terutama sekali UFC untuk mengumpul dana kebajikan bagi membantu orang yang memerlukan.

The Good Fight (TGF) berusaha untuk meluaskan lagi bantuan mereka ke seluruh dunia.

Sebelum ini, Dustin dan Jolie telah melelong banyak sekali memorabilia, terutama sekali kit pertarungan kepada orang ramai bagi mendapatkan dana untuk yayasan itu.

Kejayaan terbesar sebelum ini adalah, berjaya mengumpul dana $5,000 ketika UFC 211, di mana Poirier berhadapan dengan Eddie Alvarez.

Wang itu telah membolehkan Poirier dan isterinya membeli lebih 3,000 makanan untuk disalurkan kepada bank makanan.

Seterusnya, Yayasan Good Fight juga berjaya mengumpul $4,000 hasil penjualan kit pertarungan oleh Poirier ketika berhadapan Anthony Pettis.

Wang disumbangkan kepada keluarga Koperal Michael Middlebrook, yang bekerja di Balai Polis Lafayette. Michael maut ditembak dengan senjata api.

Kali ini, Khabib berjanji akan membantu dan menyumbang dana kepada Yayasan Good Fight Poirier. Ia telah memberikan kesedaran lebih besar kepada dunia tentang yayasan itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.