Sebelum ini, Astro telah membuat satu penafian menerusi facebook mereka bahawa perlawanan melibatkan Manchester United selepas ini akan dipindahkan ke saluran kartun.
Astro terpaksa tampil dengan penafian rasmi kerana imej koporat mereka telah digunakan.
Ada pihak tak bertanggungjawab telah menyataka Manchester United akan dipindahkan ke saluran kartun kerana kelakar dan tidak serius, jika aspek sukan diberikan pertimbangan.
Telah tersebar satu notis di media sosial menggunakan nama Astro yang dikongsi dengan ramai pihak menerusi pelbagai platform digital.
Notis tersebut bertulis:
Pengumuman: “Berkuat kuasa serta merta, semua perlawanan Manchester United akan dipindahkan ke Cartoon Network (Saluran 616), untuk memberikan laluan kepada perlawanan lebih serius.”
Cartoon Network merupakan saluran animasi kanak-kanak yang menempatkan kartun-kartun yang kelakar dan penuh pengembaraan.
Jika benar Manchester United dipindahkan ke saluran 616, mereka akan menyaingi beberapa kartun terkenal untuk menarik perhatian audien di situ.
Antara pesaing mereka adalah seperti Oggy The Cockroaches, The Amazing World of Gumball, Powerpuff Girls, We Bare Bears, Tom & Jerry, Ben 10 dan banyak lagi.
Dan persaingan utama United pastinya Supernoobs.
Berita itu pantas sampai ke pengetahuan Astro yang merupakan pemegang hak ekslusif Liga Perdana Inggeris di Malaysia.
Astro menyatakan kekesalan mereka dan dengan pantas meletakkan palang ‘Fake’ atau palsu pada notis tersebut.
Dan pada hari berikutnya Astro menampilkan bukti bahawa Manchester United akan terus kekal di saluran sukan bukannya dipindahkan ke rancangan kanak-kanak.
Astro kali ini tampil dengan bukti bahawa perlawanan melibatkan Manchester United akan kekal di saluran sukan bukannya Cartoons Network.
Media arus perdana yang lain turut berkongsi kenyataan penafian oleh ASTRO tersebut.
Perlawanan di antara Manchester United menentang Liverpool akan berlangsung pada 20 Oktober masih ditayangkan di saluran sukan.
Perlawanan tersebut ditayangkan menerusi saluran Super Sports 3 di 813 ataupun 833 bagi mereka yang mahu menyaksikannya secara HD.
ASTRO menyatakan mereka benar-benar jelas tentang isu melibatkan perlawnanan Manchester.
Dan terbaru ASTRO kali ini tampil dengan troll ke atas Manchester United menggunakan memes Two Women Yelling At A Cat.
Kedua dua wanita itu dilihat cuba menerangkan kepada kucing yang penuh kekeliruan itu. Wanita itu dengan emosi berkata: BeIn Sport Max.
Namun kucing yang digelar Smudge Lord itu dengan wajah confuse menyebut: Cartoon Network.
Stadium Astro juga menegaskan bahawa perkara itu sangat-sangat rumit buat penyokong Man United.
The struggle is real. pic.twitter.com/RKjb4GMrAz
— Stadium Astro (@stadiumastro) November 6, 2019
Diharap penyokong Man United tidak terkeliru seperti kucing tersebut.