Sebentar tadi Astro membuat penafian akan tuduhan mereka mahu memindahkan perlawnanan melibatkan Manchester United ke saluran rangkaian kartun.
Ianya gara-gara penularan satu notis daripada netizen di media sosial menggunakan nama Astro yang dikongsi dengan ramai pihak menerusi pelbagai platform digital.
Notis tersebut turut sampai ke pengetahuan kami. Ianya bertulis:
Pengumuman: “Berkuat kuasa serta merta, semua perlawanan Manchester United akan dipindahkan ke Cartoon Network (Saluran 616), untuk memberikan laluan kepada perlawanan lebih serius.”
Cartoon Network merupakan saluran animasi kanak-kanak yang menempatkan kartun-kartun yang memghiburkan dan penuh pengembaraan.
Jika benar Manchester United dipindahkan ke saluran 616, mereka akan menyaingi beberapa kartun terkenal untuk menarik perhatian audien di situ. Antara pesaing mereka adalah seperti Oggy The Cockroaches, The Amazing World of Gumball, Powerpuff Girls, We Bare Bears, Tom & Jerry, Ben 10 dan banyak lagi.
Astro yang merupakan pemegang hak eksklusif Liga Perdana Inggeris di Malaysia tampil dengan penafian akan hal ini.
Astro menyatakan kekesalan mereka dan dengan pantas meletakkan palang ‘Fake’ atau palsu pada notis tersebut.
Beberapa jam yang lalu, Astro kali ini tampil dengan bukti bahawa perlawanan melibatkan Manchester United akan kekal di saluran sukan bukannya Cartoons Network.
Media arus perdana yang lain turut berkongsi kenyataan penafian oleh ASTRO itu.
Perlawanan di antara Manchester United menentang Liverpool akan berlangsung pada 20 Oktober ini. Dan ianya ditayangkan di saluran sukan.
Keadaan itu pastinya melegakan peminat Manchester United yang melanggan pakej sukan di Astro.
Perlawnanan tersebut akan ditayangkan menerusi saluran Super Sports 3 di 813 ataupun 833 bagi mereka yang mahu menyaksikannya secara HD.
ASTRO menyatakan mereka benar-benar jelas tentang isu melibatkan perlawnanan Manchester United.