Astro Sahkan Tiada Kenaikkan Caj Untuk Pelanggan Sports Pack Di Malaysia

Astro mengesahkan tiada kenaikan caj kepada pelanggan mereka yang mempunyai Astro Sports Pack dalam senarai langganan di negara ini.

Pengesahan tersebut dilakukan oleh Astro melalui akaun Twitter Stadium Astro ketika menjawab soalan salah seorang pelanggan.

“@stadiumastro @astroonline, perlawanan Manchester United yang berkunjung ke Newcastle United akan menjadi perlawnan pertama yang disiarkan berdasarkan bayar apabila tonton pada Sabtu hadapan. Bagaimana dengan Astro di Malaysia? Adakah Astro akan terkesan?” tanya @SeeknDestroy.

Menjawab soalan tersebut, Astro berkata: “Tidak terkesa. Pelanggan Astro Sports Pack akan menerima semua 380 perlawanan secara siaran langsung sebagai sebahagian dari langganan.

Baru-baru ini Premier League mengumumkan perlawanan tambahan selain daripada yang dijadualkan di dalam siaran harus dibayar terlebih dahulu oleh penyokong untuk membenarkan mereka menyaksikannya di kaca televisyen.

Langkah itu diambil untuk membenarkan penyokong terus mengikuti perlawanan pasukan masing-masing dan menjana lebih banyak keuntungan untuk kelab setelah penyokong tidak dibenarkan hadir ke stadium.

20 kelab dalam mesyuarat pada Jumaat lalu bersetuju dengan langkan ini untuk memastikan setiap penyokong tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kesayangan masing-masing.

Di bawah perjanjian baharu itu, semua siaran yang telah dipilih untuk disiarkan akan diteruskan penyiarannya secara normal.

Sebagai tambahan untuk lima perlawanan lagi yang tidak disiarkan, penyokong haruslah membayar perlawanan yang mereka pilih untuk tonton.

Untuk berbuat demikian, setiap perlawanan akan dikenakan caj sebanyak £14.95 atau RM80.74 untuk satu perlawanan yang dipilih.

Perlawanan Manchester United menentang Newcastle United di St. Jame’s Park pada 17 Oktober hadapn akan menjadi perlawanan pertama yang memaksa penyokong di UK membayar caj tambahan jika mahu menyaksikan perlawanan tersebut.

Secara purata, kita boleh simpulkan penyokong dan peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia membayar dengan harga yang lebih rendah untuk setiap tontonan berbanding dengan mereka di UK sendiri.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.