Astro telah membuat satu penafian menerusi facebook mereka bahawa perlawanan melibatkan Manchester United selepas ini akan dipindahkan ke saluran kartun.
Ini kerana kononnya, Manchester United kelakar dan tidak serius, jika aspek sukan diberikan pertimbangan.
Telah tersebar satu notis di media sosial menggunakan nama Astro yang dikongsi dengan ramai pihak menerusi pelbagai platform digital.
Notis tersebut turut sampai ke pengetahuan kami. Ianya bertulis:
Pengumuman: “Berkuat kuasa serta merta, semua perlawanan Manchester United akan dipindahkan ke Cartoon Network (Saluran 616), untuk memberikan laluan kepada perlawanan lebih serius.”
Notis itu turut kami terima menerusi WhatsApp. Kami cuba mendapatkan kepastian akan perkara tersebut.
Mungkin ada yang tidak kenal dengan Cartoon Network. Ia adalah saluran 616 di Astro. Berdasarkan namanya, jelas sekali ia memuatkan program kanak-kanak.
Cartoon Network merupakan saluran animasi kanak-kanak yang menempatkan kartun-kartun yang kelakar dan penuh pengembaraan.
Jika benar Manchester United dipindahkan ke saluran 616, mereka akan menyaingi beberapa kartun terkenal untuk menarik perhatian audien di situ. Antara pesaing mereka adalah seperti Oggy The Cockroaches, The Amazing World of Gumball, Powerpuff Girls, We Bare Bears, Tom & Jerry, Ben 10 dan banyak lagi.
Dan persaingan utama United pastinya Supernoobs.
Berita itu pantas sampai ke pengetahuan Astro yang merupakan pemegang hak ekslusif Liga Perdana Inggeris di Malaysia.
Astro menyatakan kekesalan mereka dan dengan pantas meletakkan palang ‘Fake’ atau palsu pada notis tersebut.
Manchester United bergelut dengan prestasi mereka awal musim ini. Hanya mengutip 9 mata daripada 8 perlawanan. Sekaligus meletakkan mereka hanya dibezakan 2 mata daripada zon penyingkiran.
Dalam aksi Ahad lalu, United tewas di tangan pasukan yang turut bergelut dengan prestasi iaitu Newcastle United.
Jaringan pemain remaja, Matty Longstaff ibarat telah menabur garam pada luka Manchester United.
David De Gea sendiri tiada kata-kata untuk menggambarkan situasi yang sedang mereka hadapi kini.
Kali terakhir mereka memulakan musim seteruk ini adalah pada 1989/90, di mana mereka menamatkan saingan di tangga ke-13 pada musim tersebut.
Diharap anda berkongsi berita ini dengan rakan-rakan dan jiran-jiran anda. Takut mereka percaya akan perkara ini dan melakukan perkara di luar kawalan.