Astro Jadikan Liverpool Alat Untuk Terangkan Social Distancing

Kerajaan sudah pun mengumumkan bahawa Malaysia kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Perintah Kawalan Pergerakan ini bermakna, rakyat Malaysia disaran untuk duduk di rumah sepanjang masa dan hanya keluar untuk membeli keperluan sahaja.

Kalau keluar tu janganlah melepak ataupun menyertai perhimpunan yang ramai orang.

Salah satu perkara yang paling mustahak ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah social distancing ataupun menjarakkan diri dengan orang lain.

Di Korea Selatan, dan Singapura misalnya, mereka diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya pada jarak 2 meter daripada satu sama lain.

Malang sekali di Malaysia masih ramai rakyat yang ingkar dan degil. Ada juga yang menjadikan alasan, kerajaan mungkin terlalu menggunakan bahasa bombastik sampai susah orang nak faham.

Alasan itu semua!

Ramai yang gatal gatal balik kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Ada yang beratur di depan balai polis, sehinggakan prosedur tersebut terpaksa ditarik balik.

Bukan itu sahaja, masih ramai lagi yang bergerak ke sana ke mari tanpa rasa takut.

Sebenarnya tak susah pun, social distancing ni adalah untuk memutuskan rantaian wabak yang merebak itu.

Jadi, kalau boleh jangan keluar rumah. Dan sentiasa jarakkan diri anda semua dengan orang lain.

Astro ada inisiatif sendiri

Lalu Astro megambil inisiatif untuk menerangkan Social Distancing dengan menggunakan contoh Liverpool dan juga carta Liga Perdana Inggeris.

Dalam kiriman terbaru Astro menerusi Stadium Astro mereka memaparkan jarak yang dicipta oleh Liverpool dengan Manchester City iaitu 25 mata.

Jarak yang sangat jauh. Namun Manchester United pula lebih bijak dan menjarakkan diri lebih jauh daripada Liverpool.  Malah langsung tak dapat dimuatkan dalam satu gambar.

Namun tak sesuai juga menggunakan contoh Man United kerana mereka sangat dekat dekat dengan pasukan lain bergasak di tengah tengah.

 

Astro memutuskan untuk menggunakan contoh Liverpool, menulis dengan kapsyen: “Jadilah seperti Liverpool, lakukan jarak sosial.”

https://www.facebook.com/stadiumastro/posts/2930939280324107

Satu usaha yang sangat baik daripada Astro dalam mencari contoh sesuai dalam membantu menerangkan apa itu Social Distancing.

Liga Perdana Inggeris kini sedang bercuti dengan Liverpool mencipta jarak yang jauh itu.

Liga terpaksa berehat seketika kerana koronavirus. Hampir kesemua liga di Eropah digantung seketika. Liga Malaysia tidak terkecuali mengambil langkah yang serupa.

Diharap anda semua terus mengekalkan social distancing. Janganlah anggap cuti 14 hari daripada kerajaan ini cuti tahunan ataupun cuti perayaan.

Ianya cuti untuk anda semua duduk di rumah. Bukannya nak balik kampung ataupun bertemu dengan rakan rakan dan teman wanita/lelaki.

Kita semua bersama sama berganding bahu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Sehingga petang tadi, dilaporkan sudah ada 1,183 kes Covid-19 dengan 8 kematian dicatatkan di Malaysia sehingga kini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.