Nobita. Itulah gelaran yang disamakan oleh penyokong Barcelona kepada Presiden kelab dari Catalan itu, Josep Maria Bartomeu.
Dan ketika protes oleh penyokong terhadap Bartomeu, kain rentang yang merujuk kepada karakter kartun dalam siri Doraemon itu jelas kelihatan di jalanan berdekatan kompleks stadium Nou Camp.
Nobita (Bartomeu’s nickname) we don’t want you dead.
Messi stay #BartomeuDimissio #MessiSiBartoNo pic.twitter.com/R8aBdwyKq6— Adrian Bialkowski (@A_Bialkowski) August 26, 2020
Tidak dapat dinafikan Bartomeu adalah watak yang paling tidak popular di Barcelona pada hari ini, dan rata-rata mahukan Bartomeu meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau mentadbir Barcelona dengan baik.
Namun bagaimanakah Bartomeu mendapat gelaran Nobita? Siapa pula yang memulakannya?
Baiklah. Sebenarnya penyokong Barcelona sudah lama berbulu dengan Bartomeu. Isu Lionel Messi sekadar membuatkan rasa tidak puas hati penyokong terhadap Bartomeu semakin tidak terkawal.
Gelaran Nobita adalah penghinaan?
Segalanya bermula apabila Barcelona melepskan Neymar kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas 2017.
#LaLiga | Presidente del Barcelona denuncia a youtuber español por llamarle “nobita”.
Raúl Álvarez mejor conocido como Auronplay compartió un vídeo en su canal de Youtube donde aclara que pasó con Josep Bartomeu. Más detalles aquí -> https://t.co/xBN3OIH6Hp pic.twitter.com/SLX3Rujvm0— El Mejor Equipo (@EUDeportes) September 5, 2019
Kegagalan Bartomeu memastikan Neymar kekal di Barcelona menyebabkan seorang YouTuber terkenal Sepanyol, Raul Alvarez tidak berpuas hati.
Alvarez atau dikenali sebagai Auronplay di dalam dunia siber lantas menyamakan Bartomeu sebagai Nobita melalui satu video yang dikongsikan melalui media sosial.
Bersama video tersebut, Alvarez juga berkata “Kami akan dapatkan anda.” yang berkemungkinan menjadi punca Bartomeu rasa seperti diugut.
Benar, dari segi luaran Bartomeu dan Nobita mempunyai persamaan iaitu berkaca mata. Tetapi menyamakan Bartomeu dengan Nobita juga merujuk kepada tahap IQ watak Doraemon itu – yang merupakan seperti satu penghinaan.
Apa tindakan Bartomeu?
Video tersebut pada mulanya dianggap sebagai bahan jenaka di Sepanyol, khususnya di kalangan penyokong setia Barcelona.
Namun ia menjadi semakin serius selepas Alvarez mendedahkan dirinya telah dihubungi oleh pihak berkuasa kerana video tersebut selepas Bartomeu secara peribadi membuat laporan polis.
3) #MapaCensura El 'youtuber' Raúl Álvarez, conegut com @auronplay, explica que l’any passat el president del FC Barcelona, Josep Maria Bartomeu, el va denunciar pel contingut d'uns tuits, en un dels quals l'anomenava 'Nobita'. El cas no va prosperar.https://t.co/Nk8ovkCefQ
— Mèdia.cat – Observatori Crític dels Mitjans (@MediacatCat) September 10, 2019
Di dalam kes sebegini, laporan polis bertujuan untuk membuat dakwaan atau saman. Dan benar, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah di mana perkara yang lebih lucu berlaku.
Ini kerana hakim pendakwa menolak mentah-mentah dakwaan oleh Bartomeu @ Nobita dan menganggap kes tersebut sebagai remeh.
Memang betul-betul perangai Nobita.