AS Roma Dan Man United Berebutkan Chris Smalling

Pengurus AS Roma, Paulo Fonseca sudah beberapa kali menyatakan bahawa beliau mahu Chris Smalling menyertai mereka secara tetap selepas kontrak pinjaman beliau tamat.

Beliau kini terdesak untuk terus mengekalkan pemain pertahanan tengah yang dipinjam dari Manchester United, Chris Smalling untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi. Ini selepas pemain itu menunjukkan aksi yang sangat cemerlang bersama dengan AS Roma.

Ketibaan Harry Maguire sebagai pemain pertahanan termahal di dunia pada musim panas lalu membuatkan Smalling meninggalkan United secara pinjaman.

Namun tiada klausa pembelian tetap di dalam kontrak beliau. Malah Manchester United sebelum ini sudah memberikan amaran agar AS Roma menghormati perjanjian asal.

Smalling masih ada baki kontrak setahun lagi dengan United selepas Jun ini. Hal itu kerana beliau sebelum ini sempat melanjutkan kontrak dengan mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun.

Beliau juga diminta oleh Ole Gunnar Solskjaer kembali semula ke pangkuan pasukan selepas ini. Kerana mereka mungkin akan melepaskan pemain seperti Marcos Rojo.

Ini ditambah situasi kecergasan Eric Bailly dan Phil Jones yang kerap cedera.

Smalling telah bersinar bagai permata di Serie A ketika kariernya di England seperti menuju mati. Di Itali beliau ibarat dihidupkan kembal

Roma akan buat apa saja

Malah sebelum ini Gareth Southgate sanggup ke Roma untuk menyaksikan pemain pertahanan yang mungkin bakal dipanggil sekali lagi mewakili pasukan kebangsaan Three Lions selepas ini.

Solskjaer pula berkeras dengan pendiriannya. Di mana beliau telah menyatakan bahawa harapannya adalah Smalling yang tampil semula bermain di Man United musim depan.

Pengurus AS Roma pula percaya Chris Smalling akan memilih untuk kekal di AS Roma. Fonseca berkata, Smalling bukan sahaja pemain yang bagus. Namun seorang insan dan pemimpin yang penting di dalam pasukan mereka.

Paulo Fonseca berkata: “Saya akan melakukan semua yang saya mampu untuk mengekalkannya di Roma untuk musim hadapan,” katanya kepada ESPN.

“Saya tahu dia mahu kekal bersama kami, sama-samalah kita lihat nanti apa yang berlaku.”

“Dia insan yang luar biasa, sangat rendah diri, dan begitu profesional. Dia dipuja oleh peminat dan sudah menjadikan dirinya sebagai salah satu pemimpin di bilik persalinan.”

“Tidak mudah bagi pemain pertahanan tengah Inggeris untuk menyesuaikan diri dengan pantas dengan bola sepak Itali, rekodnya tidak bagus. Tetapi dia luar biasa.”

Fonseca mahu menjadikan Smalling sebagai asas kepada pembentukan AS Roma selepas ini.

Sejak menyertai Roma, Chris Smalling menjadi antara pemain pertahanan yang cemerlang di Eropah. Perkara itu sangat mengejutkan peminat Man United sendiri.

Malah ramai penyokong United mahu melihat Smalling kembali semula dan menghabiskan baki kontraknya di Old Trafford.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.