Mikel Arteta dengan nada sinis dan menganjing mengucapkan terima kasih kepada Premier League yang menurutnya telah membuat jadual gila dan tidak adil untuk Arsenal.
Selepas aksi menentang Liverpool, Arsenal akan berdepan dengan Aston Villa pada Sabtu bagi melengkapkan 3 perlawanan dalam masa enam hari.
Perkara itu tidak menggembirakan Arteta yang kemudian menyatakan ada satu lagi jadual selepas ini yang hampir sama, menindas Arsenal iaitu ketika berdepan dengan Chelsea dan Manchester United.
Arteta menganggap tindakan Premier League adalah tidak adil dan menindas Arsenal kerana diberikan jadual terlalu padat dan sesak.
Pada bulan depan, Arsenal perlu berdepan dengan Chelsea dan Manchester United dalam masa 3 hari antara kedua dua perlawanan.
Aksi tersebut sangat penting kerana melibatkan pasukan pesaing 4 teratas dalam persaingan liga.
Oleh kerana itu Arteta dalam sidang media selepas perlawanan menyatakan: “Terima kasih banyak banyak la kepada Liga Perdana kerana melakukan perkara sedemikian.”
“Dan mereka [Premier League] melakukan penjadualan seperti itu sekali lagi apabila kami perlu menentang Chelsea dan Manchester United [bulan depan].”
“Kalau mereka mahu berikan pasukan pasukan lain kelebihan, maka hari ni saya nak ucap terima kasih kerana berbuat demikian.”
Arteta kemudian menegaskan bahawa Premier League hanya memikirkan tentang soal wang dan tidak memikirkan soal pasukan yang teraniaya kerana jadual mereka.
Selepas kekalahan bermaruah di tangan Liverpool, Arteta berkata: “Tak tak, Liga Perdana tak akan mengubah jadual. Sebab ianya sentiasa tentang BT [Sports], tentang Sky [Sports], alasan inilah, alasan itulah.”
“Tetapi yang terjejas adalah Arsenal. Arsenal adalah satu satunya perkara yang saya peduli dan ambil berat. Bagi saya, jadual itu tidak adil untuk Arsenal.
Arteta kemudian memberikan jaminan bahawa mereka akan turun dengan aksi bertenaga berdepan Aston Villa selepas ini walaupun jadual sangat padat.
“Sudah tentu, 100% [kami akan berikan yang terbaik]. Korang semua jangan risau tentang Sabtu ini. Pemain kami akan ke sana bermain dengan bertenaga.”
“Mereka akan makan, tidur secukupnya selepas ini. Tetapi saya nak ucap terima kasih banyak kepada Liga Perdana kerana menyusun jadual perlawanan seperti ini. Sangat, sangat membantu,” sindir Arteta.
"Thank you so much to the Premier League!" 🤬
A RAGING Mikel Arteta hits out at the scheduling of Arsenal's fixtures 🥵#AFC pic.twitter.com/8SKyEm6Zd4
— Hayters TV (@HaytersTV) March 16, 2022
Arsenal tewas di tangan Liverpool dalam aksi di Emirates. Liverpool menang 2-0 untuk merapatkan jurang mata kepada 1 mata dengan Manchester City yang kekal di puncak liga.
Arsenal masih berada dalam 4 teratas. Satu mata di atas United di tangga kelima. Namun skuad muda bimbingan Arteta masih ada 2 perlawanan kurang berbanding Manchester United.
Arsenal musim ini hanya beraksi dalam aksi domestik. Mereka tak bermain dalam mana mana pertandingan Eropah termasuk Liga Juara Juara Eropah, Liga Europa dan Liga Persidangan Eropah.
Arsenal tersingkir awal daripada pertandingan piala dan hanya ada aksi Liga Perdana Inggeris, di mana mereka masih dalam kedudukan terbaik untuk mara ke UCL musim hadapan.