Arteta: Macamana Kami Nak Menang, Rumput Panjang Sangat, Rumput Panjang Sangat…

Mikel Arteta menyalahkan padang sebagai punca keserian pasukannya di tangan pasukan Burnley semalam. Untuk nampak lagi canggih, Arteta menyelitkan unsur saintifik dan teknikal di dalam hujahnya.

Beliau memberitahu saiz rumput dan julat kekeringan rumput pada padang Turf Moor yang menjadikan pasukan Meriam itu gagal untuk meletupkan tembakkannya.

Kegagalan untuk menang itu membuatkan Arsenal sekarang ini sudah seri sebanyak 13 kali daripada 25 aksi Liga Perdana Inggeris.

Dan lebih menjengkelkan dan sukar diterima akal waras, apabila pasukan paling mahal tiket hari perlawanan di EPL, di Emirates ini hanya menang enam kali musim ini.

Hanya dua pasukan yang lebih jijik rekod kemenangan setakat ini selain Arsenal iaitu, Watford dan pasukan mengumpulkan Duda bermain dengan Tettey, Idah, serta Pukki, Sitti, iaitu Norwich City,

Arteta mengambil kesempatan melepaskan geramnya dengan menyatakan bahawa keadaan padang di Turf Moor sebagai tak diuruskan dengan baik.

“Kami tak dapat menang kerana rumput panjang sangat, keadaan padang ini sangat sukar. Lepas tu, mereka tak siram padang. Jadi, sangat susah nak main bola sepak di sini.”

Arteta kemudian mengangkat bakul sendiri dengan memuji kebijaksanaannya dalam menyediakan pasukan yang akan bertandang ke Turf Moor kerana tahu pasukan Burnley akan mengeringkan padang mereka.

“Semalam, saya tak siram padang latihan kami di Arsena. Sebab saya dah agak keadaan ini akan berlaku di sini. Namun ia masih gagal membantu kami untuk bermain dengan lebih lancar di sini.”

Namun, beliau u turn sekali lagi dalam masa sekejap menyatakan bahawa pasukan lawan memang bermain baik.

“Kita menyesuaikan diri dengan baik dalam beberapa ketika. Namun harus diakui, bukan salah rumput saja sebenarnya, memang pasukan lawan bermain baik hari ini.”

Tidak cukup dengan kata kata bodekkan dan pujian ke atas diri sendiri, Arteta kemudian memuji pasukannya yang disifatkannya bertahan dengan sangat baik. Cuma agak kecewa dengan kualiti di serangan mereka.

“Kita kena lebih konsisten. Kita nampak power dalam beberapa ketika, namun selepas itu kita cuai dan tak terurus.”

“Saya suka dengan cara kami bertahan pada hari ini. Kita lebih kental di barisan pertahanan. Cuma, apabila di depan gol kenalah lebih tenang dan penyudah lebih baik.”

Laman peminat Burnley ini menyatakan Arteta nampaknya cuba sedaya upaya nak nampak seperti Pep Guardiola yang pernah menggunakan alasan yang sama.

Ketika itu, Arteta masih menjadi pembantu kepada Pep Guardiola. Arteta merassakan pasti ramai peminat Arsenal akan teruja mendengarnya. Sebab dalam beberapa perlawanan sebelum ini, peminat Arsenal bangga dengan gaya Arteta yang macam Guardiola.

Arsenal kini berada di tangga kesepuluh dalam carta liga. Dan lebih teruk, mereka hanya menang 1 daripada 7 perlawanan liga di bawah Mikel Arteta.

Rekod kemenangan Arteta lagi teruk daripada Ljungberg dan juga Unai Emery yang sebelum ini mengutuk penyokong Arsenal menganggap mereka seperti batu api dan hati busuk, menjadi punca pemecatannya.

Kita tunggu sahaja bench cam daripada Arsenal untuk perlawanan ini. Tak sabar nak melihat gaya Arteta di tepi padang.

Ala yang macam ni:

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.