Arteta Luah Kekecewaan – “Saya Gagal Dengan Ozil”

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau merasakan dirinya gagal dengan Mesut Ozil selepas tidak meletakkan pemain tersebut di dalam skuad 25 pemain yang didaftarkan untuk aksi di Premier League pada musim ini.

Pemain dari Jerman itu terlebih dahulu tidak berada di dalam senarai skuad Arsenal untuk pertandingan Premier League dan kini hanya boleh beraksi bersama skuad B-23 The Gunners sehingga kontraknya tamat pada musim panas 2021.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai Arsenal dengan tanda harga £42.4 juta pada 2013 dan merupakan rekod kelab pada ketika itu.

Kali terakhir Ozil mendapat tempat di dalam pasukan Arsenal dan beraksi adalah pada 7 Mac lalu, sebelum saingan liga dihentikan seketika akibat penularan wabak.

“Tahap kesedaran saya amat tenang kerana selama ini saya amat adil,” kata Arteta.

“Apa yang saya boleh katakan bagi pihak diri saya ialah semua ini adalah keputusan berkaitan bola sepak. Tahap komunikasi saya dengan dia [Ozil] sangat tinggi dan masing-masing tahu apa yang diharapkan dari satu sama lain.

“Jelas sekali pemain seperti beliau, dengan karier yang dia miliki sebelum ini, dan apa yang berlaku di sekelilingnya akan membawa impak yang besar.

“Ia sudah berlaku sedemikian sejak 8 tahun lalu. Ia bukan perkara baru seolah-olah ia hanya berlaku sekarang. Banyak perkara terlah berlaku sejak 8 tahun yang lalu.

“Tugas saya ialah untuk mendapatkan yang terbaik dari setiap pemain, demi memberikan segalanya kepada prestasi pasukan.

“Dia mempunyai peluang yang sama seperti orang lain. Saya sedih kerana terpaksa menyisihkan tiga pemain dari senarai ini, yang tidak pernah menyenangkan, tetapi saya hanya perlu mengatakan bahawa saya cuba melihat semua orang dan merasa selesa dengannya.”

“Di sini dan pada ketika ini, pada hari ini, saya berpendapat saya telah gagal. Saya mahukan yang terbaik daripada Mesut demi pasukan. Adakalanya saya sangat hampir untuk mendapatkannya. Namun pada ketika ini saya tidak boleh melakukannya kerana saya juga perlu membuat keputusan untuk meninggalkannya dari skuad ini.”

Sebelum itu Ozil telah menulis satu mesej kepada penyokong Arsenal mengenai erti kesetiaan yang seperti sudah tiada pada hari ini.

“Saya sangat kecewa dengan hakikat saya tidak didaftarkan sebagai oemain [Arsenal] untuk musim Premier League buat masa sekarang,” ujar pemain itu di media sosial semalam.

“Selepas menandatangani kontrak baharu pada 2018, saya nekad untuk memberikan kesetiaan dan segalanya kepada kelab yang saya cintai, Arsenal, dan saya sedih ianya seperti tidak diendahkan.

“Saya sentiasa mahu kekal positif dari minggu ke minggu, dan mungkin saya akan ada peluang untuk kembali ke dalam skuad pada mada hadapan. Kerana itu lah saya dilihat sentiasa berdiam diri.”

Sejak menyertai Real Madrid 7 musim lalu, Ozil telah menjaringkan 44 gol dari 254 penampilan di semua pertandingan untuk The Gunners.

Beliau bukan pemain pilihan di bawah kendalian Unai Emery sebelum kembali bersama kesebelasan utama di bawah kendalian Freddie Ljungberg.

Selepas perlantikan Arteta pada Disember 2019, Ozil beraksi dalam semua 10 perlawanan Premier league sehinggalah liga dihentikan pada Mac akibat penularan wabak.

Pada awal Oktober, Ozil menawarkan untuk membayar gaji Jerry Quy untuk terus menjadi maskot pasukan selepas individu yang bertangungjawab terjadap Gunnersaurus itu menjadi salah seorang daripaa 55 kakitangan yang dipecat oleh kelab.

Sebelum saingan dihentikan sebelum coronavirus, saya sangat gembira dengan perkembangan di bawah jurulatih baharu, Mikel Arteta. Kami amat positif dan saya boleh katakan prestasi saya berada di tahap yang amat baik,” tambah Ozil lagi.

“Tetapi segalanya berubah sekali lagi, dan sekali lagi, saya tidak dibenarkan bermain bola sepak untuk Arsenal. Walau apa sekali pun, saya akan tetap memperjuangkan peluang saya dan tidak akan membiarkan tempoh lapan musim di Arsenal selama ini berakhir begitu sahaja.

“Saya berjanji bahawa keputusan yang sukar diterima ini tidak akan mengubah cara saya berfikir – Saya akan terus berlatih sebaik mungkin dan tetap menggunakan pengaruh saya untuk kemanusiaan dan keadilan.”

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.