Arteta Jelaskan Secara Saintifik, Kempen UEL Arsenal Meninggal Kerana Keletihan

Arsenal sekali lagi memalukan ketamadunan Inggeris di pentas Eropah. Dalam sejarah mereka, masih tiada Liga Europa (dahulunya UEFA Cup) apatah lagi Liga Juara Juara Eropah.

Sehari selepas mereka menumpang gembira dengan status London itu Merah ada status Serge Gnabry, Arsenal diaibkan oleh pasukan dari negara yang muflis sebelum ini iaitu Olympiacos dari Greece.

Namun hanya 24 jam selepas Gnabry mengecat London menjadi merah, Arsenal tanpa segan silu menjadikan London itu biru sekali lagi – tewas di tangan pasukan yang semalam memakain jersi biru.

Dalam aksi yang penuh dengan debaran itu, Arsenal ketinggalan menerusi gol oleh Pape Abou Cisse.

Perlawanan diheret ke masa tambahan. Aubameyang kemudian menceriakan penyokong tuan rumah menerusi rembatan basikal yang seperti basikal. Beliau melipat gol tersebut dengan cantik.

Namun malang sekali, hanya beberapa detik sahaja lagi daripada wisel penamat, Arsenal dibolosi dengan gol oleh Olympiacos. Youseff Al Arabi menjaringkan gol minit ke-119.

Aubameyang selepas melakukan gol lipat, dia pula melipak di depan gol, mempersiakan peluang terakhir Arsenal.

Beberapa minggu lalu, Arteta menjadikan alasan rumput panjang sangat, rumput panjang sangat. Namun kali ini beliau menjadikan keletihan sebagai alasan.

Wartawan bertanya, adakah Arteta merasakan keletihan adalah punca Arsenal meninggal dalam kempen Eropah kali ini.

Arteta tanpa segan silu berkata: “Ya, namun inilah pertandingan. Dan sepanjang Januari serta Disember lalu, ianya agak sukar. Para pemain kami tetap memberikan terbaik untuk kekal berjuang sehingga ke saat akhir.”

“Walaupun kami melepaskan bolos minit akhir, kami juga mencipta peluang terbaik untuk menang (merujuk kepada kegagalan Aubameyang menjaringkan gol dari depan batang hidung keeper). Tapi inilah bola sepak.”

Apakah perancangan Arteta selepas ini? Beliau berkata, fokus selepas ini adalah untuk menaikkan semula keyakinan para pemain.

Ini selepas beberapa pemain beliau kelihatan sangat sugul selepas kalah perlawanan ini. Seperti mereka jarang kalah pula.

“Sekarang ini, fokus saya adalah untuk menaikkan pemain pemain saya dan mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya juga yang meyakinkan mereka bahawa masih ada banyak lagi perlawanan selepas ini, ayuh move on.”

“Kekecewaan seperti ini sebahagian daripada bola sepak dan boleh sahaja berlaku, dan ianya baru sahaja berlaku malam ini. Kita kenalah belajar dan bertindak balas sebagai satu pasukan dan kelab.”

Selain itu Arteta berharap para pemainnya dapat memperbaiki kesilapan mereka. Dan juga menyeru agar Arsenal selepas ini tidak terlalu membazirkan peluang keemasan di belakang gol.

Dengan tersingkirnya Arsenal dari kempen UEL, bermakna, mereka kini hanya ada kempen Liga Perdana Inggeris untuk cuba menyelinap masuk ke dalam slot Liga Juara Juara Eropah.

Mampukah skuad bimbingan Arteta itu mara ke UCL?

Ini kerana Arsenal selepas ini sudah mengurangkan satu bebanan yang meletihkan di dalam kempen mereka.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.