Arteta Dan Callum Hudson Odoi Disahkan Positif Koronavirus

Pada malam Khamis, pasukan Arsenal telah membuat satu kenyataan media khas, mengesahkan bahawa pengurus mereka, Mikel Arteta telah diuji positif untuk Covid-19.

Ketika ini kesemua pemain Arsenal diarahkan untuk menjalani pengasingan, berdasarkan panduan yang dikenakan oleh kerajaan England.

Arsenal juga turut menutup pusat latihan mereka di Colney. Selain daripada pemain, para staf kejurulatihan dan staf sokongan pasukan juga diperintahkan untuk menjalani pengasingan.

Arteta menyatakan beliau menjalani ujian itu selepas merasakan keadaan kesihatannya yang agak teruk. Namun Arteta menegaskan beliau baik baik sahaja dan akan kembali bertugas apabila benar benar sihat, dan diberikan kebenaran kelah.

Sementara itu, pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi juga disahkan positif Covid-19.

Chelsea mengeluarkan kenyataan tentang keaedaan Callum Hudson Odoi pada pagi Jumaat.

Chelsea mengesahkan mereka sudah mengambil langkah mengkuarantin dan mengasingkan para pemain lain.

Pusat latihan Chelsea di Cobham juga bakal ditutup buat sementara waktu. Hudson Odoi banyak meluangkan masanya di pusat latihan kerana mengalami kecederaan.

Chelsea menerusi kenyataan medianya berkata: “Pemain pasukan Chelsea Callum Hudson-Odoi telah diuji dan disahkan positif koronavirus ketika kembali ke kelab pada malam tadi.”

“Kesemua individu dalam pasukan Chelsea yang bersentuhan dengan Callum Hudson Odoi di bangunan kelab, akan menjalani pengasingan di rumah, selaras dengan panduan kesihatan oleh kerajaan.”

“Ini akan melibatkan kesemua pemain pasukan lelaki, staf kejurulatihan dan beberapa orang staf di belakang tadbir.”

“Callum mengalami simpton kesejukan yang agak ringan pada pagi Isnin dan tidak berada di pusat latihan sebagai langkah berjaga jaga.”

“Namun hasil daripada ujian ke atas beliau malam ini, ianya positif dan akan menjalani pengasingan di rumah.”

“Walaupun disahkan positif koronavirus, Callum baik baik sahaja dan beliau sudah tak sabar untuk kembali berlatih apabila sihat kelak.”

Dalam perkembangan yang berkaitan Liga Perdana Inggeris akan mengadakan mesyuarat tergempar pada pagi Jumaat dengan pegawai pegawai kelab bagi membincangkan isu ini.

Buat masa ini EPL masih belum mengenakan sebarang arahan untuk menangguhkan liga.

Pusat Latihan Arsenal London Colney kini ditutup dan aksi pada perlawanan Sabtu ini di Brighton ditunda kerana masalah yang melanda ini.

Kedua-dua skuad utama pasukan Arsenal dan Chelsea kini dikuarantin. Ini juga bermakna perlawanan di antara The Blues vs Aston Villa juga akan ditangguhkan.

Pemain bek kiri Manchester City, Benjamin Mendy juga menjalani pengasingan di rumah ataupun self isolation. Ini selepas ad ahli keluarganya yang dibawa ke hospital selepas mengalami masalah sesak pernafasan.

Virus Covid-19 terus mengganas ketika ini. WHO masih belum menemui penawar ataupun vaksin untuk wabak yang bermula di Wuhan, China itu.

Banyak acara sukan sudah ditangguhkan ataupun dibatalkan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.