Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger merancang mahu mengubah peraturan offside bagi mengelakkn kecelaruan yang timbul kerana penggunaan Video Assistant Referee(VAR).
Video Assistant Referee(VAR) diperkenalkan bagi membantu pengadil perlawanan untuk membuat keputusan yang lebih adil namun kini VAR adalah pengadil yang sebenar.
Teknologi ini yang kelihatan semakin mengarut sejak kebelakangan ini sehingga merencatkan kesedapan dan keseronokkan menonton bola sepak.
Kerap kali juga gol yang sepatutnya sudah sah sebagai gol masih dirujuk kepada VAR untuk mendapatkan pengesahan yang lebih.
It was after this referee left that FIFA decided to start using VAR. because, there's no way you can explain to me that you'd have referee like him and you still use VAR. It's impossible!!! pic.twitter.com/Tpbqg9kUpR
— Peter Goodluck Shokare (@Shopeters001) February 19, 2020
Rungutan juga semakin menimbun musin ini mengenai peraturan offside sejak VAR diperkenalkan di Premier League.
Banyak gol dibatalkan kerana alasan yang sangat mengarut dan tidak masuk akal dan paling lejen offside kerana ketiak.
Ketiak yang menjadi kontroversi VAR ini adalah ketiak kepunyaan pemain Liverpool, Roberto Firmino.
Ex Everton player Andy Gray, who absolutely despises Liverpool agrees that Firmino was onside. Martin Atkinson actually needs to be investigated. Imagine we didn't win today because of this decision. pic.twitter.com/HinjSqUdd8
— Ahmed (@ahmedIfc) November 2, 2019
Ramai yang tidak faham kenapa gol Firmino tidak disahkan atas alasan offside.
Perdebatan itu membuatkan Premier League bengang dan terus menjawab kenapa Firmino ofsaid.
Mereka menjelaskan hasil analisis saintifik VAR yang menyatakan bahawa ketiak Firmino yang ofsaid.
“Gol pemain Liverpool, Roberto Firmino tak sah kerana sebelum gol itu beliau berada dalam kedudukan ofsaid. Perkara itu sudah disahkan oleh VAR.”
“Garisan merah adalah kedudukan ketiak beliau, yang menunjukkan dengan jelas di hadapan pemain pertahanan Aston Villa.”
Liverpool's Roberto Firmino was flagged offside before putting the ball in the net against Aston Villa and the decision was confirmed by VAR
The red line signifies Firmino and was aligned to his armpit, which was marginally ahead of the last Villa defender#AVLLIV pic.twitter.com/a2OnNWnz2E
— Premier League (@premierleague) November 2, 2019
Arsenal Wenger yang kini memegang jawatan Ketua Pembangunan Global FIFA mahu menambah baik segala kekarutan yang dicetuskan oleh VAR.
“Isu paling sukar yang orang ramai hadapi dengan VAR adalah peraturan offside. Kadangkala offside terjadi dengan jarak beberapa sentimeter, disebabkan hidung.”
“Masih ada ruang untuk mengubah peraturan ini dan tidak akan disebut bahagian hidung pemain offside, jadi kau offside kerana kau mampu menjaringkan gol dengan bahagian itu.”
“Sebaliknya, kau tak akan offside jika mana-mana bahagian badan yang boleh menjaringkan gol selari dengan pertahanan terakhir walaupun jika bahagian badan penyerang yang lain berada di depan.”
“Ini akan diringkaskan dan kau tidak akan buat keputusan kerana beberasa milimeter dan sebahagian badan penyerang sudah melepasi garisan pertahanan.”
Peraturan yang bakal bakal diubah adalah:
1. Mana-mana bahagian badan pemain penyerang yang mampu menjaringkan gol akan dikira ONSIDE jika berada di belakang pemain pertahanan terakhir.
2. Mana-mana bahagian badan pemain penyerang yang mampu menjaringkan gol akan dikira OFFSIDE jika berada di depan pemain pertahanan terakhir.

Setakat ini belum dikeluarkan dan dijelaskan lagi bahagian badan mana yang akan dikira sebagai bahagian yang mampu menjaringkan gol.
Menurut laporan The Times, FIFA akan membawa peraturan baru ini ke Lembaga Antarabangsa FA yang akan membuat keputusan dalam mesyuarat pada 29 Februari ini.
Jika mendapat persetujuan maka peraturan ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun dan mungkin akan digunakan pakai dalam kejohanan EURO 2020.
Jika perkara ini diguna pakai maka tidak akan ada lagi offside kerana ketiak.