Menjelang musim panas ini, Arsenal bakal mencipta sejarah tersendiri, apabila mereka telah melepaskan beberapa pemain bintang kelab yang bernilai £190 juta secara percuma sahaja dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.
Terdapat laporan baru yang mendedahkan bahawa pihak kelab mahu membatalkan kontrak pemain pertahanan Greece, Sokratis yang menyertai mereka dengan yuran perpindahan bernilai £17 juta.
Nama Sokratis telah diketepikan dari skuad 25 pemain Arsenal dalam saingan premier league musim ini, kerana beliau tiada dalam perancangan terbaru Mikel Arteta.
By the summer Arsenal will have let go Sanchez, Ramsey, Ozil, Cazorla, Wilshere, Sokratis, Mustafi, Mkhitaryan and Welbeck in the past three years
Money spent on fees: £190m
Money received: £0 pic.twitter.com/7CzJsbw6ZR— Charles Watts (@charles_watts) January 20, 2021
Charles Watts kini telah menyenaraikan beberapa pemain Arsenal untuk dilepaskan walau mereka telah melaburkan dana yang besar untuk mendapatkan para pemain tersebut.
Nama terbesar yang tersenarai dalam senarai ini merupakan Mesut Ozil yang baru sahaja meninggalkan Emirates awal minggu lalu.
Pemenang Piala Dunia bersama Jerman itu ditandatangani pada tahun 2013 lalu dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £40 juta.
Ozil merupakan pemain yang mempunyai reputasi yang sangat tinggi pada ketika beliau menandatangani perjanjian bersama pasukan dari London itu.
BREAKING: Arsenal and Ozil have agreed a pay-off, he now looks set to join Fenerbahce 👇https://t.co/STHUSeZRrh
— talkSPORT (@talkSPORT) January 16, 2021
Memandangkan reputasi tinggi yang beliau miliki, Ozil ketika itu ditawarkan gaji bernilai £350,000 seminggu dalam kontraknya pada Januari 2018.
Namun, beliau juga antara pemain yang tidak mendapat tempat dibawah pengurusan Mikel Arteta dan telah menyertai pasukan dari Turki, Fenerbahce awal minggu lalu.
Selain Ozil, seorang lagi pemain penyerang yang turut disia-siakan oleh Arsenal adalah Alexis Sanchez yang dibeli dari Barcelona dengan nilai perpindahan £31.7 juta pada tahun 2014 yang lalu.
Sanchez berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik Arsenal sepanjang empat tahun kariernya di Emirates, namun turut dilepaskan oleh kelab ke Manchester United kerana mereka mahu mendapatkan Henrikh Mkhitaryan.
By the summer Arsenal will have let go Sanchez, Ramsey, Ozil, Cazorla, Wilshere, Sokratis, Mustafi, Mkhitaryan and Welbeck in the past three years
Money spent on fees: £190m
Money received: £0 pic.twitter.com/G7PgHdEMzg— Drisblog9ja (@Drisblog9ja) January 20, 2021
Mkhitaryan juga meninggalkan Arsenal secara percuma pada tahun lalu selepas beliau mengikat perjanjian bersama AS Roma.
Selain itu, Santi Cazorla juga terpaksa diketepikan ketika penghujung kariernya di Arsenal selepas beliau mengalami kecederaan dan turut dilepaskan ke Villarreal secara percuma.
Pemain midfield lain yang turut dipersia-siakan oleh Arsenal adalah gandingan Jack Wilshere dan Aaron Ramsey yang menyertai West Ham United dan Juventus juga secara percuma.
The Gunners juga pernah menandatangani Danny Welbeck dari Watford dengan yuran perpindahan bernilai £16 juta dan kemudian melepaskan beliau dengan tidak menerima apa-apa keuntungan.
Arsenal's three-year transfer overhaul sheds light on £190m loss on nine stars https://t.co/dBHxbZK2Ib pic.twitter.com/8lfwcfLJB2
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 20, 2021
Shkodran Mustafi kini masih lagi bersama kelab, namun beliau dilaporkan sama sekali tidak berminat untuk menandatangani perjanjian baru pada penghujung musim ini.
Pemenang Piala Dunia itu menyertai Arsenal dari Valencia pada tahun 2016 dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta.
Mustafi bahkan memuat naik status di laman twitter miliknya untuk menyatakan sokongan kepada Mesut Ozil dengan menulis:
“Sahabat, kamu telah menjadi satu-satunya pemain yang pernah berkongsi bilik persalinan dengan saya yang paling tidak pentingkan diri sendiri baik di dalam dan diluar padang.”
By the summer Arsenal will have let go Sanchez, Ramsey, Ozil, Cazorla, Wilshere, Sokratis, Mustafi, Mkhitaryan and Welbeck in the past three years
Money spent on fees: £190m
Money received: £0That is awful business! 😭😭 pic.twitter.com/mGpZPy3D7p
— Footy365 (@Footyy365) January 20, 2021
“Kamu akan selalu diingati sebagai #AssistKing. Sayangnya kami semua sebagai rakan sepasukan tidak mampu untuk membantu kamu ketika kamu memerlukan. Selamat maju jaya.”
Melihat kepada barisan pemain yang telah mereka lepaskan secara percuma dan pemain tersebut dibeli dengan nilai yang tinggi, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pengurusan Arsenal mengalami kerugian yang tinggi kerana kebodohan mereka sendiri.
Arsenal kini berada di kedudukan ke-10 dalam saingan liga dan akan kembali beraksi dalam saingan FA Cup hujung minggu ini bertemu Southampton.