Arsenal dilaporkan menjadikan Nuno Espirito Santo sebagai calon utama pengganti Unai Emery sekiranya pengurus tersebut dipecat dalam masa terdekat.
Masa depan Unai Emery di Arsenal kian menjadi persoalan. Walaupun sebelum ini pengurus tersebut mendedahkan beliau mendapat sokongan penuh daripada pihak pemilik.
Unai berkata, Dalam beberapa pertemuan beliau dengan Josh Kroenke serta pengurus tertinggi yang lain, beliau mendapat maklum balas yang sangat positif dan mereka masih percayakan Unai Emery.
Oleh sebab itu Unai Emery tidak panik dengan masa depan beliau di Arsenal.
Kegagalan Arsenal mencatatkan sebarang kemenangan dalam enam perlawanan terakhir serta lima perlawanan liga membuatkan ramai pihak mulai meragui kredibiliti yang dimiliki oleh beliau untuk membangkitkan semula Arsenal menjadi kuasa bola sepak Eropah.
Jika gagal ke Liga juara-juara pada musim hadapan, Arsenal akan mencatatkan rekod gagal mara ke kejohanan tersebut selama empat musim berturut-turut.
Ini pastinya akan berikan impak kepada status kewangan kelab.
Beberapa nama besar sudah dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini. Ini termasuk Jose Mourinho. Tetapi pengendali dari Portugal itu sudah pun memiliki jawatan baharu di Tottenham Hotspur pada selasa minggu lalu.
Ramai juga menentang idea melantik Mourinho yang dikatakan jurulatih yang pragmatik dan tak moden dari segi taktikal.
Nama lain seperti Max Allegri dan juga Mauricio Pochettino mulai berlegar. Tetapi ada juga yang menentang sekiranya mereka melantik Mauricio Pochettino yang merupakan bekas pengurus pasukan musuh utama mereka Tottenham Hotspur.
Walaubagaimanapun Harry Redknapp berpendapat itu bukan masalah. Penyokong pasti akan mulai suka dengan pochettino sekiranya jumlah tersebut berjaya memberikan impak yang positif.
Para penyokong Arsenal ramai tidak mahukan Unai Emery dan mereka lebih rela untuk melihat Freddie Ljunberg mengambil alih tempat sebagai pengurus utama.
Unai Emery dikatakan gagal untuk menunjukkan bukti jelas bahawa beliau sedang membentuk falsafah permainan yang stabil. Sehingga ke hari ini para penyokong macam tidak tahu apakah jenis sistem permainan yang sedang diterapkan oleh pasukan Arsenal.
Seterusnya beberapa minggu lalu berlaku pergolakan di antara pemain dan penyokong. Ia memaksa Unai Emery memecat Granit Xhaka daripada jawatan kapten.
Ia jelas membuktikan bahawa pasukan Arsenal kini berhadapan dengan isu lain iaitu mentaliti.
Unai Emery sudah diberikan beberapa pemain yang beliau kehendaki termasuk Nicolas Pepe Dan David Luiz. Namun kelihatan bergelut mahu mencabar liga dan juga tempat ke UCL musim hadapan.
Hubungan rapat Raul Sanllehi dengan Nuno Espirito dikatakan antara sebab kenapa jurulatih itu menjadi pilihan.
Selain itu mereka juga tertarik dengan hubungan Nuno Espirito dengan Super agent Jorge Mendes. Bayangkan Nuno membawa sekali pemain seperti Ruben Neves ke pasukan Arsenal?
Namun ini pastinya cabaran besar buat Nuno Espirito mahu menguruskan pasukan sebenar Arsenal. Beliau cemerlang bersama Wolves ketika berhadapan dengan big six. Dan membawa pasukan itu ke Europa musim ini.