Arjen Robben Peminat Thomas Muller

Arjen Robben dan Thomas Muller pernah bergaduh sesama sendiri di atas padang. Robben telah mencekik dan menolak Thomas Muller.

Sejak daripada hari itu, kedua-dua pemain dilihat tidak begitu rapat antara satu sama lain.

Robben ketika itu bengang dengan sikap Muller yang dituduhnya biadap.

“Saya benci rakan sepasukan yang terus angkat tangan dan komplen banyak.”

“Itu biadap. Kita kan satu pasukan. Tak perlu buat macam tu. Kita perlu menjadi tauladan generasi muda bukannya menunjukkan reaksi seperti itu.”

Robben kekal profesional

Walaubagaimanapun, baru-baru ini Arjen Robben menyatakan beliau tiada masalah dengan Thomas Muller. Malah Robben merupakan peminat kepada pemain itu.

Robben bersara penuh daripada bola sepak selepas tamat musim 2018/19. Beliau menegaskan, dalam kariernya, Thomas Muller merupakan pemain sangat penting untuk pasukan.

“Bagi saya, Muller merupakan pemain sangat penting. Saya peminat tegar Thomas. Beliau ada kualiti yang pemain lain miliki dalam pasukan.”

“Beliau mungkin bukan pemain yang menonjol sepanjang masa, tetapi beliau sentiasa berlari ke arah ruang dan mencari ruang.”

“Jika saya adalah jurulatih, Thomas Muller akan menjadi pemain pertama akan berada dalam pasukan utama saya.”

Seterusnya, Arjen Robben memberikan komen beliau tentang Phillipe Coutinho. Robben meminta penyokong Bayern memberikan masa dan ruang untuk pemain itu menyesuaikan diri.

“Coutinho adalah pemain berpotensi besar. Beliau datang ke kelab baru, negara baru. Jadi berikan beliau sedikit masa.”

“Saya yakin, beberapa minggu lagi, beliau akan mendapat banyak minit perlawanan bersama dengan Bayern.”

Sumber: Bayern & Germany

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.