Apa Beza Arteta Dengan Emery?

Rekod Mikel Arteta sebagai pengendali Arsenal sebenarnya adalah lebih buruk dari apa yang dhasilkan oleh Unai Emery pada peringkat yang sama.

Arteta dilantik sebagai pengganti rakan senegaranya itu di Emirates pada Disember 2019.

Selepas itu, Arteta yang pernah berkhidmat sebagai pembantu Pep Guardiola membantu The Gunners meraih Piala FA dan Perisai Komuniti di Stadium Wembley.

Di sebalik dua kejayaan tersebut, statistik masih menunjukkan Emery mempunyai ration pencapaian  yang lebih baik dalam hampir semua bahagian lain dalam 38 perlawanan sama berbanding apa yang dicapai oleh Arteta.

Emery kini mengendalikan Villareal dan telah merekodkan 23 kemenangan dari 38 yang dikendalikanya setakat ini – dua perlawanan lebih baik daripada apa yang diraih Arteta bersama Arsenal.

Secara keseluruhan, Emery merekodkan ratio kemenangan 61%, berbanding 55% yang dicapai oleh Arteta.

Tetapi skuad Emery merekodkan jumlah seri yang kurang (dua perlawanan), dan tewas jumlah perlawanan yang sama masing-masing sebanyak 9 kali.

Di Premier League sahaja, Emery telah merekodkan kemenangan dalam 15 perlawanan dari 26 perlawanan pertama yang dikendalikannya. Sebagai perbandingan, Arteta hany menang12 perlawanan.

Arteta bagaimana pun berjaya menambah baik bahagian pertahanan apabila dibocori sebanyak 35 gol berbanding 47 pada era Emery.

Namun dari segi jumlah jaringan yang dihasilkan, Arsenal sebenarnya lebih mengancam di bawah kendalian bekas pengurus merea itu apabila Emerty menghasilkan 73 gol, dan Arteta pula 58 gol.

Pada perlawanan terakhir, Arsenal tewas 1-0 kepada Leicester City hasil jaringan tunggal Jamie Vardy pada babak kedua perlawanan.

Dan menjelang pertemuan menentang Manchester United Ahad depan, bekas pemain pertahanan Martin Keown menegaskan Arteta tidak boleh mengulangi kesilapan sama dilakukan Emery sehingga menyebabkannya dipecat dari kelab London itu.

“Mereka (Arsenal) asyik bertukar sistem dari satu kepada satu yang lain di bawah kendalian Emerty,” ujar Keown.

“Itulah perkara sama yang saya lihat sekarang, masih hambarn sama, segi yang sama, gerakan sama, gandingan sama, dan hubungan dalam pasukan yang sama.

“Jika anda asyik mengubah anda tidak akan mendapatkan rentak. Itulah perkara terpenting yang saya lihat dalam setiap pasukan yang berjaya.

“Ia seperti mengenakan selipar yang lama kepada perlawanan. Semuanya sudah dan masih ada di situ.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.