CONOR McGREGOR telah dilawat oleh tetamu tidak diundang apabila Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA) tiba di kapal layar mewah miliknya untuk mengambil sampel.
Alasan bahawa McGregor sudah bersara tidak diendahkan oleh USADA yang berkeras mahukan sampel tersebut diberikan kerana bintang UFC itu tidak pernah melakukan pengesahan secara rasmi dengan agensi tersebut selama ini.
McGregor, 32 tahun, sedang bercuti di Kepulaian Corsica di Perancis bersama tunangnya Dee Devlin dan dua anak. Conor Jr berusia 3 tahun dan Croia, setahun.
What’s going on here @ufc? USADA have just arrived to my yacht this morning for testing?
I’ve retired guys!
But go on then, I’ll allow them test me. It’s all natural here baby!
Forever and always, God Bless 🙏
180km across the Mediterranean Sea tomorrow! LET’S GO!! pic.twitter.com/xjk0wvci0n— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) September 11, 2020
Namun percutian tersebut dikejutkan dengan kehadiran dari USADA dan turut disertai oleh pasukan anti doping UFC, untuk tujuan pengambilan sampel secara rawak.
McGregor mengumumkan telah menggantung sarung tinju dan bersara dari UFC pada Jun lalu. Melalui ciapan di Twitter, McGregor berkata:
“Apa yang berlaku di sini @UFC?
“USADA baru tiba di kapal layar saya pada pagi ini untuk saringan? Saya sudah bersara!
“Tapi teruskanlah. Saya benarkan mereka menguji saya. Segalanya natural di sini baby!
“Selamanya dan sentiasa. Tuhan memberkati.
“180km merentasi Lautan Mediterranean esok! Ayuh!!”
Pada Jun lalu McGregor mendedahkan beliau bersara kerana hilang keseronokkan untuk bertarung. Beliau juga lantang dalam kritikan terhadap UFC.
Hey guys I’ve decided to retire from fighting.
Thank you all for the amazing memories! What a ride it’s been!
Here is a picture of myself and my mother in Las Vegas post one of my World title wins!
Pick the home of your dreams Mags I love you!
Whatever you desire it’s yours ❤️ pic.twitter.com/Dh4ijsZacZ— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) June 7, 2020
“Sukan ini membuatkan saya semakin hilang keseronokan dah,” ujar McGregor sebelum ini.
“Kamu menunggu, dan terus menunggu, namun tidak ada apa pun yang berlaku.
“Sudah tidak ada apa yang menaikkan emosi saya, dan saya dah tak teruja dengannya.
“Saya tak tahulah kalau beraksi tanpa crowd. Saya tak tahu apa tu. Saya dah tak seronok.”
McGregor kemudian mengkritik UFC yang gagal di dalam penjadualan mereka. Membuatkan petarung terpaksa menunggu lama untuk giliran mereka.
Seterusnya UFC juga tidak menyusun jadualnya dengan lebih bagus selepas mereka mengarahkan Justin Gaethje mengisi tempat Nurmagomedov.
“UFC haruslah bertindak lebih aktif. Namun mereka terlalu banyak membuang masa. Mereka cuma nak tunjuk kuasa.”
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden UFC, Dana White.
Menurut White, McGregor sudah pun diberi peluang untuk tampil sebagai pengganti Khabib Nurmagomedov untuk menentang Tony Ferguson.
Namun demikian, McGrehgor menolak idea tersebut, dam sebaliknya mahukan perlawanan menentang Justin Gaetjhe yang menjadi punca kekecewaan McGregor sehingga bersara.