Ansu Fati Dinafikan Anugerah MOTM Untuk Barcelona Kerana Usianya

Pemain muda Barcelona, Ansu Fati terlepas peluang untuk meraih anugerah Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM) dalam perlawanan pada hujung minggu menentang Villareal disebabkan penaja anugerah tersebut adalah sebuah syarikat pengeluar bir.

Fati masih lagi berusia 17 tahun dan masih di bawah umur menurut undang-undang di Sepanyol.

Pemain remaja itu menyerlah ketika membantu Barcelona mencatat kemenangan 4-0 ke atas Villareal, dan turut menjaringkan dua gol di dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan.

Fati kemudiannya turut memenangi penalti untuk Barcelona selepas dikasari pemain lawan, yang kemudiannya disempurnakan oleh Lionel Messi untuk gol ketiga Barcelona dalam perlawanan ini.

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan LaLIga ditaja oleh syarikat bir/alkohol, Budwiser. Disebabkan Fati masih di bawah umur, anugerah tersebut kemudiannya diberikan kepada Jordi Alba.

Fati hanya akan berusia 18 tahun pada 31 Oktober hadapan.

Pemain remaja ini dianggap sebagai masa depan untuk Barcelona, dan sememangnya rapat dengan Messi untuk mendapatkan nasihat sejak berada di dalam skuad utama gergasi Catalan itu.

“Beraksi bersama Messi adalah impian yang mimpikan sejak kanak-kanak, dan kini saya hidup dengan mimpi tersebut,” ujar Fati kepada Goal sebelum ini.

Pemain remaja itu layak untuk menyaring jersi Guinea-Bissau, namun memilih untuk bersama Sapanyol dan diberikan debut sebagai pemain gantian menentang Jerman pada bulan lalu.

Fati kemudiannya diberikan peluang membarisi kesebelasan utama Sepanyol untuk menentang Ukraine pada awal bulan ini di Kejohanan UEFA Nations League.

Penyerang Barcelona itu berjaya menjaringkan satu gol, sambil menghasilkan satu assist pada babak pertama perlawanan untuk Sepanyol.

Pada awal musim panas ini, Manchester United dinamakan sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini dengan tawaran €150 juta, namun Barcelona telah menamakan Fati sebagai salah seorang pemain yang tidak akan dilepaskan.

Fati dilaporkan mempunyai klausa pelepasan bernilai €170 juta, dan Barcelona berharap dapat melanjutkan kontrak pemain muda itu sekalgus menaikkan nilai klausa tersebut dua kali ganda selepas ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.