Pegawai kesihatan Profesor Matthew Ashton berkata perlawanan menentang Atletico Madrid di Anfield merupakan punca kepada peningkatan luar biasa jangkitan wabak coronavirus di Liverpool.
Pada Jumaat, 20 Mac hanya terdapat 20 kes jangkitan dilaporkan di bandar tersebut. Dua minggu kemudian, jumlah mereka yang dijangkiti melambung kepada 309 pesakit.
Jika dakwaan ini benar, Anfield ibarat ‘bom biologi’ yang menjadi puncak peningkatan luar biasa kes coronavirus di bandar Liverpool.
Ahli Parlimen di Liverpool adalah antara mereka yang mempersoalkan mengapa perlawanan tersebut diteruskan.
Apatah lagi perlawanan tersebut turut mengundang 3,000 penyokong lawan yang sememangnya diketahui datang dari wilayah yang sedang mengalami masalah jangkitan tersebut pada 11 Mac lalu.
Really important report – and I'm sure there will be more to come – from @david_conn on the possible fallout from last month's Liverpool–Atlético Madrid game. Just one of several mass gatherings the government allowed to go ahead despite Covid-19 spread.https://t.co/tannGkVNub
— Paul Lewis (@PaulLewis) April 2, 2020
Ashton adalah individu yang melakukan koordinator wabak tersebut di Liverpool. Bercakap kepada Guardian, beliau berkata: “Ia bukan keputusan tepat untuk meneruskan perlawanan tersebut.”
“Manusia tidak membuat keputusan yang tidak baik tanpa sebab – berkemungkinan besar mereka tidak faham berapa serius situasi ini, juga oleh kerajaan pada waktu itu.
“Kita tidak akan tahu bagaimana sebenarnya, tetapi perlawanan menentang Atletico Madrid adalah salah satu acara yang membenarkan ramai orang berhimpun sekaligus mencetuskan peningkatan kes di Liverpool.”
“Perlawanan tersebut harus berada di dalam senarai untuk tujuan inkuiri pada masa hadapan agar setiap organisasi boleh belajar dan tidak mengulangi kesilapan sama.”
Professor John Ashton says 'timeline' since controversial match fits with rise in deaths https://t.co/K5A5XR4MRE
— Liverpool Echo (@LivEchonews) April 2, 2020
Hanya sehari sebelum perlawanan tersebut, La Liga mengumumkan semua perlawanan di dua divisyen teratas negara itu akan dimainkan di stadium tertutup.
54,000 penyokong bola sepak berkumpul di Anfield menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp disingkirkan dari pertandingan Champions League dengan agregat 4-2 selepas masa tambahan.
Sejak daripada itu, semua pertandingan utama di seluruh eropah telah ditangguhkan. La Liga telah ditangguhkan tanpa tarikh. Manakala masa depan Premier League pada musim ini turut menjadi pertanyaan.