Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson ternyata kecewa dan koyak dengan kekalahan Liverpool kepada Atletico Madrid dalam perlawanan Champions League di pusingan pertama peringkat kalah mati.
Kekoyakkan Andy Robertson sama seperti yang dialami oleh majoriti penyokong mereka yang rabak malah ada yang terus barai. Tak biasa kalah katanya.
Dalam kekoyakkan ada positifnya Roberson yang senada dengan penyokong mereka bahawa Liverpool akan bangkit di Anfield yang merupakan gelanggang keramat mereka.
Jika Wanda Metropolitano merupakan kubu kebal bagi Atletico Madrid, Anfield pula dianggap sebagai neraka bagi pemain pasukan lawan.
🗣 Jamie Carragher: "Liverpool didn’t get too frustrated but they couldn’t create anything.
"They don’t have real creativity, certainly in midfield. That’s always been a problem."
Should Liverpool be worried? 🤔 pic.twitter.com/doAHdxxxOu
— Goal (@goal) February 19, 2020
Ketika ditemuramah oleh BT Sports selepas perlawanan Andy Robertson nyata melepaskan amarah beliau dengan kekalahan ini.
Manakala Virgil Van Dijk kelihatan tenang seperti biasa dan tampak yakin mampu bangkit di Anfield.
“Mereka meraikan seperti mereka telah memenangi pertembungan ini.”
“Kami masih mempunyai beberapa minggu dan Premier League akan berjalan seperti biasa.”
“Mereka akan kembali di Anfiled, kami tahu penyokong kami akan ada di sana, kami tahu kami akan ada di sana, terpulang kepada mereka untuk berada di sana.”
"They celebrated like they won the tie after the game, so let's see."
"They're coming back to Anfield, we know our fans will be there."
Virgil van Dijk and Andy Robertson know this one isn't over yet 💪
🎙 @DesKellyBTS pic.twitter.com/5tJpyM9DvH
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 18, 2020
Robertson juga meluahkan betapa pemain Atletico Madrid suka merebahkan badan dalam perlawanan tersebut.
“Mereke senang menjatuhkan badan ketika ada sentuhan daripada kami.”
“Aku fikir kami menangani perkara ini dengan betul ketika mereka jatuh dengan mudah. Kami boleh menerimanya.”
Liverpool tewas dalam perlawanan pertama menentang Atletico Madrid dengan jaringan seawal minit ke-4 perlawanan.
Berpunca dari sepakan penjuru itu telah terjadi situasi kelam kabut di depan gol Liverpool dan bola pergi meliar.
Saul Niguez pantas menyambar dan menjolok masuk bola yang terhidang untuk gol pembukaan pada minit ke-4.
Liverpool have failed to attempt a single shot on target for the first time across all competitions this season.
It just wasn't their night. 😬 pic.twitter.com/vByU1fPfMY
— Squawka Football (@Squawka) February 18, 2020
Atletico Madrid sepanjang perlawanan telah menampilkan permainan menjadi cap dagangnya, bertahan dengan penuh berdisiplin, taktikal yang teratur dan disulami dengan ‘kerja kotor’.
Dengan permainan bukan setakat parking bus ini, Diego Simeone turut meletakkan segala kenderaan yang wujud dengan penuh tersusun lagi bertaktikal,
Cara permainan sedemikian dengan unsur ‘kerja kotor’ nyata menjadi satu perang saraf yang berjaya di padang membuatkan Liverpool mati kutu.
Liverpool gagal membuat sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini. Ini merupakan pertama kali Liverpool berperangai begini musim ini.