Watford semalam turun berhadapan dengan pasukan Liverpool di Anfield dalam aksi EPL.
Mereka tewas 2-0 di tangan pasukan yang paling kuat di England ketika ini. Mohamed Salah terlalu unggul menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool 10 mata di atas puncak liga. Dan mereka sah menjadi juara Hari Natal 2019.
Mungkin kerana merasakan Watford lawan yang mudah tempat mencari mata, bintang sensasi Manchester United yang masih belum mendapat sebarang darjah kebesaran, iaitu Andreas Pereira telah membuat kelakar dengan meminta Manchester United bersemangat untuk menentang Watford.
Adakah Andreas mahu Watford membuktikan bahawa mereka boleh bermain 2 perlawanan dalam masa 24 jam. Sedangkan Liverpool pening sampai suruh budak B-23 untuk bermain 2 perlawanan dalam masa 2 hari? Tidak pasti apa yang berlaku.
Dengan satu kapsyen ringkas: “Ayuh Man United! dengan tanda pagar Liga Perdana Inggeris.”
Pereira menyertakan sekali waktu tontonan di UK dan juga di Brazil. Kerana beliau pemain kelahiran Brazil.
Keadaan itu mengundang rasa jenaka di kalangan penyokong Manchester United. Ini kerana beberapa jam lagi mereka akan berhadapan dengan Everton, bukannya Watford.
Ternyata Pereira terlupa dan tidak tahu siapa sebenarnya lawan mereka hari ini.
Jika Watford turun berhadapan dengan Man United, itu bermakna pasukan itu turun kurang 24 jam daripada aksi EPL semalam.
https://twitter.com/andrinhopereira/status/1206145153582407681
Ada peminat yang menyatakan: “Pasukan salah kawan. Everton la bro.”
Namun peminat lain pula berkata: “Biarlah dia nak lawan Watford hari ini.”
Manchester United akan turun berhadapan dengan pasukan Everton yang mendapat suntikan semangat dengan perlantikan Duncan Ferguson sebagai interim mereka.
Ole Gunnar Solskjaer pula sedang menikmati detik indah Man United mara ke kalah mati UEL selaku juara kumpulan.
Ole yakin pasukannya akan mengekalkan momentum kemenangan mereka. Beberapa hari lalu, Ole memuji kualiti pemain seperti Marcus Rashford yang mengingatkan beliau kepada wonderkid Everton yang menyertai Man United iaitu Wayne Rooney.
Andreas Pereira mendapat minit perlawanan yang lebih banyak musim ini di bawah Ole Gunnar Solskjaer. Beliau bermain di pelbagai posisi di dalam pasukan.
Pemain kelahiran Brazil itu merupakan pemain yang suka menunjukkan gaya permainan sambanya di dalam padang.
Dan beliau memang suka mengemaskini jadual perlawanan menerusi media sosialnya. Ianya tanda peringatan kepada semua penyokong Manchester United.
Cuma kali ini beliau tersilap di dalam hebahan jadualnya.
Ada peminat yang mengingatkan Andreas bahawa jadual menentang Watford adalah minggu depan bukannya minggu ini.
Ada juga yang tergelak menganggap Pereira memang kelakar, bukan sahaja di dalam padang, malah di luar padang.
Mampukah Man United melepasi cabaran Everton malam ini? Pastinya ia tugas yang akan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh pasukan yang dibimbing legenda class of 92, Ole Gunnar Solskjaer.
Mereka kini dalam proses untuk memperbaiki kedudukan di dalam liga. Dengan pasukan seperti Chelsea keciciran mata mereka dalam aksi semalam. Ini kesempatan terbaik untuk Man United merapatkan lagi kedudukan mereka dengan slot 4 teratas dalam misi layak ke UCL musim depan.