Anda Bakal Boleh Bermain FIFA Dengan Konsol Berbeza

Hanya seorang gamers yang mengerti peritnya rasa apabila anda memiliki konsol yang berbeza dengan rakan anda yang lain.

Anda mungkin hanya menjadi pemerhati keseronokan mereka yang lain, bermain di atas talian.

Contohnya, kamu ada Xbox One, dan rakan-rakan anda yang lain pula ada PlayStation 4.

Seterusnya, seringkali berlaku pertikaian, misalnya dalam permainan FIFA: “Kamu akan kalah kalau main Xbox.” Begitu juga dengan sebaliknya.

Tidak ramai yang mampu atau sanggup membeli 2 konsol permainan yang berbeza dengan kos yang sangat tinggi.

Namun kini, alasan itu tidak akan boleh diguna pakai lagi. Ini kerana Sony baru mengumumkan cross-platform (rentas platform) yang membolehkan konsol permainan berbeza disambungkan dalam satu permainan.

Sony telah melakukan ujian BETA pada PS4 dan ianya telah berjaya. Jadi, selepas ini, para pemain permainan video akan menikmati permainan merentasi platform, termasuk PS4, Xbox dan juga PC.

Sony dalam kenyataan mereka berkata: “Usaha untuk menjadikan PS4 sebagai permainan rentas platform telah berada di tahap beta.”

Permainan seperti Fortnite, Rocket League dan Call of Duty: Modern Warfare sudah tersedia menyokong mod ini.

Selepas ini, giliran EA pula akan tersedia dalam permainan yang dimainkan dalam platform berbeza. Sony sangat terbuka untuk menjemput lebih banyak pihak yang menghasilkan permainan video, untuk terlibat dalam usaha ini.

Ini bagi mengukuhkan lagi jenamanya di mata dunia dalam dunia e-sukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.