Kenapa Tiada Siapa Mahu Beli Pukki?

Pada ketika yang sama pada tahun lalu nama Teemu Puki menjadi perhatian pemerhati bola sepak Inggeris selepas prestasi luar biasa di Championship.

Norwich berjaya meraih tempat di saingan Liga Perdana Inggeris, dan Pukki menjadi antara nama yang menjadi perhatian beberapa kelab kelab di pasaran pemain.

Mungkin kerana risiko dan ramai mahu melihat bagaimana prestasi Pukki di Premier League, rata-rata kelab mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Tetapi keadaannya berbeza pada hari ini. Nama Pukki ibarat tenggelam.

Penjaring terbanyak Norwich

Walaupun bergelar penjaring terbanyak Norwich pada musim lalu, harus diakui Pukki bukanlah pemain yang paling menyerlah dari kelab tersebut.

Rekod jaringan Pukki bermula dengan baik pada awal musim, sebelum pengurus Norwich, Daniel Farke memilih Josip Drmic untuk berada di dalam kesebelasan utama selepas saingan bersambung kembali pada Ogos.

Apakah yang berlaku kepada Pukki? Adakah prestasi keseluruhan beliau terkesan oleh prestasi buruk pemain lain di dalam pasukan Norwich pada musim ini? Ia adalah perdebatan yang amay subjektif.

Namun dengan kehadiran Emi Buendia yang beraksi di belakang beliau, Pukki gagal memastikan bola berada di belakang jaring setiap kali peluang terhidang, dan pada ketika pasukan amat memerlukan jaringan.

Khabar angin

Menurut media di Turki, Fotospor, Pukki telah dikaitkan dengan perpindahan ke Besiktas pada jendela perpindahan yang lalu.

Pemergian penyerang veteran, Burak Yilmaz bermakna Besiktas adalah kelab yang ideal untuk Pukki meneruskan kariernya.

Pada usia 30 tahun, langkah tersebut seperti mengikut jejak langkah beberapa penyerang ternama terdahulu yang memilih untuk mengembangkan bakat ke Super Lig setelah meningkat usia.

Antara pemain tersebut ialah seperti Wesley Sneijder, Daniel Sturridge dan Robin van Persie.

Kelab Premier League, Burnley turut dikatakan berminat, selain daripada West Bromich Albion. Berdasarkan minat dari kelab-kelab ini, mungkinkah mereka berpendapat bakat Pukki telah dipersia-siakan oleh Norwich pada musim ini.

Masa depan masih bersama The Cannaries?

Walaupun bukan pemain paling menyerlah dan berbakat dari kalangan anggota skuad Norwich musim ini, karier Pukki bersama The Cannaries belum lagi berakhir.

Sudah tentu Norwich mahu mengekalkan pemain muda mereka seperti Todd Cantwell atau Jamal Lewis berbanding pemain seperti Pukki.

Farke telah menolak untuk sebarang kemungkinan Pukki akan dijual pada jendela perpindahan yang lalu. Bagaimana pula dengan Januari ini?

Jendela perpindahan Januari

Jendela perpindahan Januari 2021 masih lagi dibuka sehingga 31 Januari ini. Sehingga kini Pukki telah menjaringkan 11 gol dari 21 penampilan untuk Norwich, sekaligus membantu skuad kendalian Farke menduduki tangga teratas Championship selepas 23 perlawanan.

Gandingan beliau dengan Jamal Lowe (8 gol) di jentera serangan Norwich buat masa ini berjaya membentuk gandingan yang mantap di bawah kendalian Farke.

Buat masa ini tiada sebab untuk Norwich menjual pemain ini. Maka Pukki berkemungkinan akan terus kekal di Norwich pada musim akan datang kerana di situlah khidmat beliau lebih diperlukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.