Analisis Jujur: 5 Sebab Manchester United Rebah Kerana Godaan Pepe Arsenal

Arsenal mencipta kemenangan pertama sejak diambil alih Mikel Arteta. Dan mangsa mereka adalah Manchester United.

Perlawanan kali ini berlangsung pada waktu Liga Juara Juara Eropah, mungkin sahaja nak mengambil angin untuk menaikkan semangat dan membiasakan diri dahulu.

Kedua – dua pasukan bercita – cita untuk ke Liga Juara – Juara Eropah pada musim hadapan selepas berbelanja besar dalam jendela perpindahan.

2 gol Arsenal adalah dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Nicolas Pepe dan juga Sokratis.

Manchester United tiada jawapan untuk kehebatan Nicolas Pepe pada separuh masa pertama. Messi Ivory Coast itu benar – benar menjadi seperti Messi bertemu dengan barisan pertahanan yang berlencanakan ‘Score If You Can’.

Kesemua pertahanan back 4, Maguire, Bisssaka, Lindelof, dan Shaw serta De Gea bermain dalam aksi ini. Namun ternyata Arsenal ‘Can Score If They Can’.

Prestasi tidak menentu kedua dua pasukan memerlukan Man United dan Arsenal perlu menang perlawanan ini.

Kekalahan Manchester United sukar diterima kerana pasukan yang mengalahkan mereka adalah pasukan yang memulakan perlawanan dari kelompok 10 terbawah.

Manchester United kini mensia – siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan Chelsea dalam usaha mereka mengejar 4 tempat teratas.

Segalanya serba tak menjadi buat Manchester United yang dicanang memiliki rekod cemerlang berhadapan dengan pasukan big six musim ini.

Separuh masa pertama Arsenal menguasai perlawanan lebih hampir 60%.

Ia jelas membuktikan Man United memang dalam kesulitan berhadapan dengan pasukan yang baru bertukar pengurus.

Mikel Arteta merupakan pengurus yang masih belum menang dalam beberapa perlawanan beliau mulai mengendalikan Arsenal.

Arsenal tewas dalam aksi derbi minggu lalu kerana kebangkitan pasukan Chelsea. Arsenal tewas 1-2 selepas mendahului, di halaman mereka sendiri.

Analisis

Seperti biasa, bola sepak itu ada taktikal dan kita perlukan satu pembentangan analisis untuk memberitahu peminat tentang sebab kejadian dan keputusan perlawanan.

Berikut adalah 5 sebab yang kami berikan kenapa Arsenal boleh merebahkan Manchester United di pangkuan mereka dengan Pepe mereka.

1. Pepe power

Pepe hanya perlu bermain 45 minit untuk menuntut gaji penuh dalam perlawanan semalam.

2. Robin Hood tersalah rompak

Kelab yang dijulang oleh penyokong mereka sebagai Robin Hood telah merompak orang miskin bernama Arsenal dan memberikannya kepada Arsenal yang miskin mata.

3. Arsenal jaringkan 2 gol

Arsenal menjaringkan dua gol dan Manchester United 0.

4. Fred terlibat dalam program aeroangkasa

Fred menjadikan perlawanan ini medan untuk menguji projek angkasa lepas Brazil dengan merembat meroket ke angkasa

5. Tiada Ashley Young

Manchester United tiada kapten marvel dalam perlawanan ini. Arsenal bernasib baik.

Sekian.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.