Analisis: Bagaimana Bruno Fernandes Menghadirkan Impak Bersama Man Utd

Sejak permulaan Februari sehingga musim ini dihentikan, Manchester United telah mencatatkan enam kemenangan, dan tiga seri dalam semua pertandingan.

Sepanjang tempoj itu, skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer turut menjaringkan 22 gol, dan hanya melepaskan dua gol.

Pada masa yang sama, keputusan positif tersebut turut membantu United memotong defisit pendahulan kepada hanya tiga mata, mara ke suku akhir Piala FA, dan berada di landasan mara ke suku akhir Liga Europa selepas kemenangan selesa ke atas LASK.

https://www.facebook.com/grandkita/posts/2502599426667073?__xts__%5B0%5D=68.ARC5dr0V8-XTLMyQn4nR1mbl8k9RHjemyYWkltPDADNtCOpt6erDnaE8-w9zbGlTw1jeaGQlCj8P2FCDynzJYrT_ziL1Jw5EN1fNTgTz9TSrXzo4GY29xwBH2ifGYvU-cBrWUMrc8QCgZzbdbh10Up-IxaL_3g3VRDLP15mnhgxNrOj8uzHqT2lFHhH45Nz7I_-rUeJ2_mxZO6uNnuirP5axyoo2GH_6nO_XrkCOtTFCQNb04Q55lje3Q0U89bqvFYtgRQIPPwJoQncApU1xob3BnVyvhBEyWdXaQD3NdRislq1sljEmA5hVVBJk4pQiGKMkDLYTPw9kYLnwtoKJDX7aAxky&__tn__=-R

Bruno Fernandes terlibat di dalam lima gol tersebut – menjaringkan dua gol, dan menghasilkan tiga assist.

Tidak ada pemain di Premier League menghasilkan sumbangan sebanyak itu pada tempoh yang sama, sekaligus menjadikan Fernandes penerima paling layak Anugerah Pemain Terbaik Bulan Februari.

Antara detik yang mencuri tumpuan dalam permainan yang ditampilkan oleh Fernandes adalah hantaran lambung yang disudahkan oleh Anthony Martial dalam perlawanan menentang Manchester City.

Fernandes turut menyempurnakan ‘perfect penalty’ dalam perlawanan menentang Watford dan Club Bruges.

Kebolehan keseluruhan yang ditambilkan Fernandes membuatkan sesiapa sahaja di Old Trafford teruja.

Perbandingan turut dilakukan. ‘Keinginan seperti Roy Keane, visi dan ketepatan hantaran persis Paul Scholes, dan memiliki sentuhan seperti emas milik Eric Cantona’.

Dan rakan sepasukan yang lain turut kagum dengan kualiti dan pesona yang ditampilkan oleh pemain ini di bilik persalinan terutama dengan mentaliti memburu kemenangan milik pemain Portugis ini.

Bersama beberapa muka baru terutama dari akademi United sendiri seperti Mason Greenwood dan Brandon Williams di posisi bek kiri, Fernandes dilihat bakal menjadi tunjang kekuatan utama United untuk musim-musim akan datang.

Saksikan analisis video yang kami kongsikan seperti di atas.

Video kredit: Nouman

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.