Laporan Perlawanan
Selepas 21 perlawanan, Liverpool masih belum tewas dengan mencatatkan 20 kemenangan dan satu seri di Premier League.
Manchester United satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata Liverpool musim dan sudah pasti menjadi harapan sekali lagi untuk mengulanginya.
Manchester United dan Liverpool terikat satu sama dalam aksi tersebut. United di hadapan menerusi Marcus Rashford. Namun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Adam Lallana.
Manchester United turun tanpa ayam tambatan mereka yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderes di saingan Piala FA.
Liverpool tidak berdepan masalah kecederaan dan menurunkan skuad terkuat mereka walaupun boleh menang dengan pemain simpanan.
Trent Alexander-Arnold membuat satu sepakan penjuru cantik mencari Virgil van Dijk yang sedap melonjal tinggi gagal disaing oleh Brandon William yang masih mentah.
8 – Virgil van Dijk has scored eight Premier League goals for Liverpool since joining in January 2018, the most of any centre-back. Mountain. #LIVMUN pic.twitter.com/58tgIlhiof
— OptaJoe (@OptaJoe) January 19, 2020
Roberto Firmino menjaringkan gol sungguh cantik melalui satu sepakan lencong yang tidak mampu diselamatkan oleh David De Gea.
Namun Video Assistant Referee(VAR) membatalkan jaringan cantik tersebut kerana Virgil Van Dijk terlebih dahulu mengasari David De Gea.
Firmino scores a brilliant goal, United players absolutely furious with the referee, and Var overturns the goal for a foul in De Gea by Van Dijk. Now De Gea was booked for for protesting but since the goal was ruled out shouldn't the yellow card be overturned? pic.twitter.com/Xh9B3qfqk1
— Barca DNA✨ (@PPMBARCA) January 19, 2020
Pada minit ke-34 Wijnaldum telah menjaringkan gol lagi untuk Liverpool tapi sekali lagi dibatalkan kerana jelas offside. VAR pun mengesahkan itu satu offside.
Hampir saja Andreas Pereira menyamakan kedudukan namun tidak cukup laju untuk menolak masuk umpanan ketika gawang sudah terbuka.
Liverpool hampir lagi menggandakan kedudukan tapi kali ini kaki David De Gea lebih padu untuk mengeluarkan percubaan Sadio Mane.
Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Manchester United untuk memecah kebuntuan dengan kekebalan Liverpool. Awak terlalu baik untuk saya.
Pada awal babak kedua Mohamed Salah telah terlepas peluang terbaik apabila melakukan misskick dan bola meleleh keluar tepi tiang.
Tidak lama berselang Jordan Henderson melakukan satu rembatan namun dinafikan tiang yang tegak dan teguh berdiri. Kemudian Chamberlain pula mencuba dan kemas dirigat De Gea.
Larian solo dari tengah padang oleh Fred berjaya menghasilkan satu rembatan namun sedikit tersasar dari sasaran.
Fred sekali lagi melakukan rembatan jarak jauh namun Alisson Becker lebih bersedia menepis keluar bola itu. Pedih jugak tangan.
Selepas minit ke-60 Manchester United mula melancarkan serangan demi serangan dan menguasai perlawanan tetapi tiada jaringan terhasil.
Akhirnya serangan mencanak-cabak Setan Merah memakan diri dengan satu serangan balas pantas.
Alisson laju menendang bola tepat mencari Mohamed Salah yang rerus membuat larian deras tanpa mampu dikejar dan mudah De Gea ditewaskan.
Analisis Aras Tinggi
Ini adalah 5 sebab kenapa Manchester United kalah 2-0 di tangan Liverpool. Mula mula nak buat lima, tapi tambah 1 la.
Berikut adalah 6 sebabnya.
1. Salah menjaringkan gol
Liverpool menjaringkan 2 gol dan Manchester United yilekk. Jika Salah tidak menjaringkan gol, Liverpool hanya menang 1-0.
https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1273302759506633
2. VAR
VAR menyelamatkan Manchester United daripada kalah lebih besar. Gol Firmino dan Wijnaldum dibatalkan selepas tinjauan VAR. Jika tak Manchester United kalah 4-0.
3. Pereira tak dapat jaringkan peluang gol ternganga
Jika Pereira menyempurnakan peluang itu, Man United akan kalah 2-1.
4. Formula Ole tak menjadi
Ole menuduh formula beliau dirosakan long ball Liverpool.
"They're the most direct team in the league. They do put teams under pressure. Play them long balls, second balls, corners."
Despite falling 30 points behind Liverpool, Ole Gunnar Solskjaer was encouraged by Manchester United's performance at Anfield. pic.twitter.com/XLdECVQq7A
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 19, 2020
5. EPL bukan sasaran Manchester United
https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1273671756136400
Dalam rundingan dengan Bruno Fernandes, mereka sedang mengutamakan kejuaraan UCL berbanding EPL. United cuba memasukkan klausa tersebut pada bonus Bruno Fernandes.
6. Skuad Man United 2008 Tak Boleh Diturunkan
Mereka sudah ramai bersara dan tak didaftkarkan. Kalau tak berkicap Liverpool.
'08 United side would destroy current #LFC team.
Van Der Sar > Alisson
Brown < Alexander-Arnorld
Vidic > Van Dijk
Ferdinand > Gomez + Matip
Evra > Robertson
Hargreaves < Fabinho
Carrick > Henderson
Scholes > Wijnaldum
Tevez > Mané
Rooney > Firmino
Ronaldo > SalahFacts only. pic.twitter.com/nFAyLRRLv3
— Devils of United 🔰 (@DevilsOfUnited) January 16, 2020