Perlawanan separuh akhir Piala Carabao menyaksikan pertemuan dua pasukan musuh sebandar di Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.
Perlawanan separuh akhir Piala Carabao ini ada dua kali. Pusingan pertama semalam The Red Devils ditangguhkan kemenangannya di Old Trafford.
Jadi masih ada harapan lagi untuk pasukan Setan Merah mengajar Manchester City tentang bola sepak yang sebenar.
Manchester City menang dengan 3 gol berbalas 1 gol daripada pasukan tuan rumah Manchester United.
Ianya perlawanan yang dikuasai oleh pasukan pelawat, Manchester City. Pep Guardiola menurunkan pasukan tanpa menggunakan penyerang tulen dalam perlawanan ini.
Ole Gunnar Solskjaer pula menurunkan ramai bintang utama di dalam pasukannya.
Ini termasuk Cristiano Ronaldo, Robin Van Persie yang Ole tidak kenali dan juga Ryan Giggs, kesemuanya versi baharu. Itu yang Ole dan fans United sendiri gelar bukan kami.
π Here it isβ¦ the #MUFC starting XI to face City in our #CarabaoCup semi-final first leg!
β Manchester United (@ManUtd) January 7, 2020
Agak malang kerana Manchester United tak dapat menurunkan Harry Maguire, pertahanan termahal di dunia pada ketika ini.
Bekas pemain Leicester City itu mengalami kecederaan.
Manchester City di hadapan menerusi Bernardo Silva menerusi rembatan jarak jauh yang menewaskan David De Gea.
AN ABSOLUTE STUNNER @BernardoCSilva!
π΄ 1-3 π΅ #ManCity #CarabaoCup pic.twitter.com/dTeoEBp846
β Manchester City (@ManCity) January 8, 2020
Belum sempat Ole memikirkan strategi lautan biru, pemain handalan mereka bocor lagi apabila terlalu gagal nak membentes dan gagal mengeluarkan bola. Riyad Mahrez mengayamkan pertahanan United dan De Gea umtuk gol kedua.
Gol ketiga adalah kejam, apabila Manchester United dikejutkan own goal oleh pemain yang sesat jadual sebelum ini iaitu Andreas Pereira.
Beliau yang cuba membantu rakannya bertahan, sebaliknya membantu pasukan lawan menambah gol.
3+ β The most 3+ goal half-time leads in all competitions away from home since Pep Guardiola took over Manchester City in 2016-17 (English sides):
Man City 13
Tottenham 4
Arsenal 3
Chelsea 3
Leicester 3
Man Utd 3
Swindon 3Silly. pic.twitter.com/HMJh2GcQM1
β OptaJoe (@OptaJoe) January 7, 2020
Gol saguhati Manchester United adalah menerusi Cristiano Rashford.
Man City menang 3-1 dan ini analisis 5 sebab kejadian alam ini berlaku bermula pukul 4 pagi waktu Malaysia.
1. Gol pertama nasib Bernardo Silva
Bernardo Silva melakukan rembatan yang terus masuk. Angin je tu.
2. Gol hadiah kepada Mahrez
Manchester United menyantuni calon pemain terbaik Afrika 2019 itu dengan memberikan beliau gol percuma. Tanda penghargaan kerana sanggup bermain di Old Trafford dan terpaksa tak balik ke majlis Anugerah.
3. Gol nasib sekali lagi
Andreas Pereira tertampan bola ke gawang sendiri.
4. Gol kelas dunia Rashford
Malangnya gol yang sangat cantik itu tak cukup nak membalas terlalu banyak hadiah kepada lawan sampai diri sendiri tak cukup modal.
5. Tiada benteng score if you can
Ketiadaan Harry Maguire dan Luke Shaw membuatkan City nampak hebat kerana kalau ada benteng Score if You Can, menangislah nak skor.
Rumusan
Rumusannya, Manchester United kalah.
Full-time at Old Trafford.#MUFC #CarabaoCup
β Manchester United (@ManUtd) January 7, 2020
Sekian analisis