Liverpool sah menjadi juara dunia. Dan jika ada pertandingan di antara planet, maka Liverpool adalah wakil manusia dan bumi pada edisi tersebut.
Liverpool menang 1-0 ke atas Flamengo dan mereka sebenarnya membuktikan kuasa sebagai penakluk dunia di bumi Qatar.
Liverpool memerlukan 120 minit untuk mengesahkan status mereka selaku juara dunia yang baharu. Mengambil status yang disandang oleh Real Madrid sebelum ini.
"We’ve kept going and we’ve used it to help us progress and used it to stay hungry."
The skipper on tonight's #ClubWC win and a look to the future 💪🔴
— Liverpool FC (@LFC) December 21, 2019
Liverpool sudah mencapai tahap luar biasa musim ini kerana menjadi juara treble antarabangsa. Perkara yang julung kalinya dilakukan Liverpool selaku pasukan Inggeris.
Liverpool pernah mencuba untuk memenangi piala ini pada 2005, namun tewas dan gagal untuk melaksanakan misi mereka.
Liverpool kini menjadi pasukan Inggeris yang paling berjaya di dalam sejarah.
Walaupun ada usaha daripada NGO tertentu yang mahu memperjuangkan pengiktirafan Dulang Kebajikan sebagai piala.
Berdasarkan statistik, ia adalah piala ke-47 untuk Liverpool. Menjadikan mereka kelab Inggeris paling berjaya berbanding dengan Manchester United yang hanya ada 45 piala.
🏆 Liverpool have won their 47th major honour – extending their English record, 2 ahead of Man Utd
18 League Championships
7 FA Cup
8 League Cup
6 European Cup/Champions League
3 UEFA Cup
4 UEFA Super Cup
1 FIFA Club World Cup pic.twitter.com/q1gh5UxGlo— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 21, 2019
Dalam bola sepak, segalanya memerlukan taktikal dan strategi. Dan kami ada penjelasan secara analitik dan statistik di atas semua ini.
Berikut analisis 5 sebab Liverpool menjadi juara dunia 2019.
1. Menyertai Piala Dunia Kelab
Liverpool berjaya menyertai Piala Dunia Kelab dan datang ke Qatar meskipun jadual bercanggah dengan Piala Carabao dengan jarak 24 jam.
Kau bayangkan jika Liverpool memilih untuk menarik diri daripada Piala Dunia Kelab ini dan mahu menjadi jaguh kampung dengan menurunkan pasukan terkuat di Piala Carabao maka, tiadalah piala ini.
2. Liverpool menang di final
Ini sebab yang paling nyata. Mereka menang 1-0 ke atas Flamengo dalam aksi final Piala Kelab Dunia 2019.
3. Flamengo kalah di final
Flamengo tewas di tangan Liverpool dalam aksi final. Menghalang mereka untuk menjadi juara dan membolehkan Liverpool juara.
4. Strategi basikal lajak
Liverpool memutuskan untuk menghantar budak budak basikal lajak dan budak WeChat untuk bermain di Piala Carabao, dan membawa pasukan terkuat ke Piala Dunia Kelab.
Jika mereka menterbalikkan perkara itu, agak sukar untuk mereka menang ke atas pasukan yang memiliki banyak peminat tiba-tiba iaitu Flamengo.
Langkah bijak daripada Liverpool seperti mana diambil oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada budak basikal lajak.
5. Liverpool FC pasukan bola sepak
Liverpool FC adalah pasukan bola sepak. Dan kejohanan ini hanya untuk pasukan bola sepak bukannya untuk sukan lain.
Tahniah The Reds
Sekian analisis, 5 sebab kenapa Liverpool juara pada hari ini dalam Piala Dunia Kelab.
Tahniah kepada pasukan Liverpool yang menakluk dunia. Jika ada kejohanan di antara planet, harap anda buat yang terbaik demi manusia sejagat.
Dan ingat, sesungguhnya, hanya hasad dengki dan iri hati sahaja yang menafikan kehebatan Liverpool.
Fokus Liverpool selepas ini adalah aksi boxing day dalam EPL. Mereka kini sedang mendahului carta liga.