Manchester United tewas tidak begitu mengejut di tangan Watford pada hari ini di tempat lawan.
Manchester United menurunkan barisan pertahanan yang digelar: Score if you can, iaitu Wan Bissaka (bek kanan termahal), Lindelof, Maguire (center back termahal dunia) dan pemain terbaik tahunan Man United musim lalu, Luke Shaw.

Di belakang gol mereka ada De Gea yang merupakan penjaga gol berpendapatan paling tinggi ketika ini.
Watford menang 2-0 ke atas Man United. Watford merupakan pasukan di tangga tercorot di dalam liga.
Mereka dalam misi untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Tercorot membawa maksud yang sama dengan pasukan paling teruk, paling di bawah, paling hambar dalam saingan liga, pasukan paling kurang menyerlah, pasukan paling susah nak menang.
The final whistle goes at Vicarage Road.#MUFC #WATMUN
— Manchester United (@ManUtd) December 22, 2019
Namun hari ini mereka menang mudah ke atas Man United yang baru sahaja menewaskan pasukan gergasi Colchester dalam saingan Piala Carabao.
Watford tidak pernah menjaringkan gol pendahuluan di tempat sendiri pada musim ini. Sehinggalah malam 22 Disember 2019.
Manchester United loses to the last-place team in the Premier League.
Watford only had one league win before this 😳 @brfootball pic.twitter.com/OhmMmGtBVy
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 22, 2019
Ole Gunnar Solskjaer memasukkan senjata rahsia beliau, Mason Greenwood. Namun pemain itu tidak dapat menyelamatkan Man United pada hari ini.
Hari ini juga menyaksikan kepulangan semula Paul Pogba selepas rehat panjang daripada kecederaan.
Manchester United sekali lagi keciciran mata. Namun harapan top 4 sentiasa ada kerana Manchester United dikenali dengan gelaran king of comeback pada saat akhir.
Masih ada 20 perlawanan lagi untuk United menangi kesemuanya selepas ini.
Seperti biasa, dalam bola sepak, pasti memerlukan taktikal untuk menang.
Berikut adalah analisis 5 sebab Manchester United kalah di tangan Watford pada perlawanan hari ini.
1. Kesilapan mudah De Gea
De Gea merupakan penjaga gol berpendapatan kapita tertinggi di dunia. Beliau memiliki kadar KWSP paling tinggi.
Dan De Gea mengikut jejak langkah KWSP yang buat kelakar semalam.
De Gea telepas bola dengan mudah.
2. Kesilapan Wan Bissaka
Pemain fullback termahal di England itu terkenal dengan keghairahannya melakukan tackle.
Namun kali ini beliau melakukan kesilapan dan memberikan penalti kepada lawan.
3. Watford menjaringkan 2 gol
Watford telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.
4. Manchester United gagal menjaringkan 2 gol
Manchester United gagal menjaringkan sebarang gol apatah lagi nak menjaringkan 2 gol.
5. Watford menang
Sebab paling utama kekalahan Man United adalah Watford menang pada hari ini.
Rumusan
Itulah analisis 5 sebab kenapa Manchester United kalah pada hari ini di tangan Watford.
Pastinya Ole Gunnar Solskjaer akan kembali ke pejabat untuk mencari formula kebangkitan Setan Merah.
Manchester United tidak jauh dibezakan dengan pasukan Liverpool iaitu hanya 24 mata, bagi persaingan kejuaraan EPL.
Diharap Manchester United akan berjaya bangkit selepas ini dan meneruskan persaingan dalam liga perdana Inggeris, selaku pasukan yang paling disegani di seluruh dunia.