Liverpool tewas pertama kali musim ini di tangan pasukan dari England. Ia pencapaian luar biasa oleh Aston Villa yang mara ke separuh akhir Piala Carabao / Piala Liga buat pertama kali sejak musim 2012/2013.
Liverpool menamakan skuad simpanan mereka untuk aksi Piala Carabao pada kali ini. Hal ini kerana FIFA telah mengenakan peraturan bahawa Liverpool perlu menghantar skuad utama ke Piala Dunia Kelab di Qatar.
Sebelum ini mereka sudah menamakan beberapa pemain muda untuk perlawanan menentang Arsenal. Dan pemain seperti Kelleher, dan Harvey Elliot diberikan kepercayaan untuk mengetuai cabaran pada kali ini.
🔴 TEAM NEWS 🔴
Here's how we line-up against @AVFCOfficial 👊 #CarabaoCup | #AVLLIV
— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2019
Bukan malam yang indah untuk skuad B-23 Liverpool. Ini apabila pasukan Aston Villa membelasah skuad paling muda dalam sejarah Liverpool.
Aston Villa berjaya menang ke atas Liverpool dengan keputusan 5-0 di Villa Park dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.
We're into the semi-finals of the #CarabaoCup! 🙌 #AVLLIV #AVFC pic.twitter.com/UWQLmHzUwv
— Aston Villa (@AVFCOfficial) December 17, 2019
Liverpool terpaksa menurunkan skuad B-23 kerana jadual yang sangat padat di mana mereka perlu bermain dalam Piala Kelab Dunia FIFA 2019 di Qatar, kurang 24 jam.
Ini merupakan kekalahan terbesar Liverpool dalam Piala Liga Inggeris yang kini disebut Piala Carabao.
Aston Villa tetap perlu melakukan penambahbaikan dalam pasukan mereka kerana pasukan remaja Liverpool memiliki lebih banyak percubaan tepat dan penguasaan bola lebih tinggi ke atas mereka.
Liverpool masih belum tewas mana-mana aksi domestik pada musim ini. Dan inilah kekalahan pertama yang terpaksa ditelan oleh The Reds pada musim ini di England.
Liverpool bertandang ke Villa Park dalam misi untuk membuat kejutan. Namun jelas ia tidak kesampaian.
Ternyata kualiti pemain Aston Villa sukar ditandingi barissan muda yang dibimbing oleh Neil Critchley itu.
Analisis
Berikut adalah 5 sebab kenapa Liverpool tewas 5-0 dalam aksi berhadapan dengan Aston Villa.
1. Gol pertama Aston Villa
Jaringan itu dilakukan pada minit ke-14 perlawanan menerusi sepakan percuma. Kodjia awalnya mahu meng-claim gol tersebut. Tetapi tidak diberikan pegawai perlawanan. Kalau tak dah hatrik Kodjia dalam perlawanan ini.
2. Jaringan sendiri Morgan Boyes
Lebih malang untuk Liverpool, pemain muda mereka menjaringkan gol sendiri. Ini perlawanan debutt oleh Morgan Boyes. Sepakan percuma Ahmed Elmohamady terbias pada Boyes dan gol sendiri.
3. Gol ketiga Aston Villa
Aston Villa mendapat gol ketiga dalam perlawanan ini pada minit ke-37 menerusi Kodjia.
4. Gol keempat Aston Villa
Kodjia memastikan dirinya menjaringkan gol kedua peribadi pada malam itu dengan rembatan masuk sebelum wisel penamat. Liverpool tiada peluang untuk bangkit.
5. Gol kelima Aston Villa
Wesley menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memastikan Aston Villa menang besar ke atas Liverpool.
https://www.youtube.com/watch?v=mpu-0qGotzw
Sekian, itulah 5 sebab kenapa Aston Villa menang ke atas Liverpool. Kerana mereka ada 5 gol dan salah satu daripadanya adalah jaringan sendiri pemain lawan.