Arsenal gagal untuk menghadiahkan pengurus baru mereka dengan kemenangan sulung. Lebih perit ini kekalahan di tangan musuh sebandar Chelsea.
Chelsea menang 2-1 di hadapan penyokong Arsenal. Tiada hari lebih baik daripada meraikan perlawanan derbi dengan kemenangan hasil comeback dan gol lewat.
Ini merupakan perlawanan pertama di tempat sendiri oleh Mikel Arteta sebagai pengurus baharu Arsenal. Beliau dilantik pada minggu lalu oleh The Gunners.
Arsenal terlebih dahulu di hadapan menerusi Pierre Emerick Aubameyang pada separuh masa pertama. Ianya selepas pertahanan Chelsea terleka.
Ketika Arsenal sedang berkira kira meraikan London itu merah, mereka tertumpah cat biru pada minit akhir lewat perlawanan.
Chelsea bangkit dengan 2 gol pada baki 10 minit terakhir. Gol pertama menerusi Jorhinho. Dan gol kedua adalah menerusi Tammy Abraham.
Berikut adalah analisis 5 sebab Arsenal tewas.
1. Salah pengadil
Rata rata penyokong Arsenal tak berpuas hati dengan pengadil Craig Pawson yang tidak membuang padang pemain Chelsea Jorhinho yang selepas itu menjadi penjaring gol penyamaan.
2. Chelsea lebih hebat
Walaupun sebelum perlawanan Arteta mengklaim Arsenal pasukan paling agung di England.
Chelsea memberikan mereka reality check mengingatkan mereka bahawa, Arsenal bukan pasukan terbaik di London sekalipun. Ni nak sembang di England.
Malah di Emirates pada aksi terakhir 2019.
Chelsea pasukan paling banyak kejuaraan Liga Juara Juara Eropah di London ketika ini.
3. Leno mamai
Agak kesian apabila pemain yang selalu menjadi penyelamat mereka iaitu Bernd Leno melakukan kesilapan.
7 – Bernd Leno has made seven errors directly leading to an opposition goal in the Premier League since the beginning of last season, the most of any player. Howler. pic.twitter.com/DSCYWYFrqW
— OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2019
Namun ini bukan sebab utama. Sebab utama masih point nombor 1 iaitu pengadil.
4. Chelsea bangkit
Chelsea menafikan kemenangan Arsenal dengan kebangkitan 2 gol yang tak mampu dibalas.
5. Arsenal sentiasa Arsenal
Selepas gol Aubameyang mereka mencipta beberapa peluang lagi. Namun Arsenal tetap menjadi Arsenal yang kita kenali walaupun sudah beberapa kali bertukar pengurus.
Arsenal sentiasa bertenaga pada awal perlawanan dan semakin tak bermaya pada akhirnya.
Kesan
Kesan daripada kekalahan ini, Arsenal kini hanya 6 mata daripada zon penyingkiran.
Mereka sebelum ini berhasrat nak ke UCL selepas 3 tahun tak dapat ke sana. Maklumlah kelab terbesar di England.
Selepas ini mereka akan berhadapan dengan kelab teragung England yang sebenar iaitu Manchester United.
Ole memiliki rekod yang sangat baik berhadapan dengan big six. Itu sudah cukup untuk menggerunkan pasukan yang enam mata daripada zon penyingkiran.
Chelsea pula berjaya menjarakkan diri dengan pasukan lain di tangga keempat. Ianya adalah satu kemenangan yang sangat penting untuk Chelsea dalam usaha mereka mahu mengejar slot tempat empat teratas di carta liga.