Unai Emery mendedahkan kepada media bahawa anak kepada bos Arsenal, Josh Kroenke merupakan orang kuat yang menyokong beliau ketika ini.
Unai Emery tidak risau dengan kedudukan beliau di Arsenal ketika ini walaupun mendapat banyak tekanan termasuk dari penyokong Arsenal.
Penyokong Arsenal juga kecewa dengan layanan Unai Emery kepada Mesut Ozil. Pemain yang terus dipinggirkan.
Unai Emery percaya, Josh Kroenke masih menaruh kepercayaan kepada beliau kerana sedar, Unai Emery sedang melakukan perkara yang tepat dalam memperbaiki prestasi Arsenal.
Unai Emery mengakui keadaan di Arsenal agak sukar namun beliau gembira dengan sokongan yang beliau dapat terutama sekali ketika dilanda isu seperti masalah Xhaka.
Josh Kroenke, anak kepada Stan Kroenke, berada di stadoum ketika melihat Arsenal terkena kebangkitan oleh Crystal Palace.
Unai juga memberitahu, Josh seperti biasa akan meluangkan masa dengan beliau di pusat latihan Arsenal.
Selain daripada Josh, Raul Sanllehi dan Vinai Venkatesham juga ada meluangkan masa dengan Emery.
“Kami di sini bertanggungjawab ke atas apa sahaja. Kami sedar tanggungjawab kami untuk menolong semua orang apabila melakukan kesilapan, dan menyedarinya.”
“Contohnya Ahad lalu, selepas perlawanan, Josh turut masuk ke bilik persalinan dan bercakap dengan saya, kira-kira 10 minit. Kami berbincang tentang situasi itu dan pada masa yang sama sentiasa saling bantu membantu.”
Josh Kroenke 'visits Unai Emery's office' after Raul Sanllehi speaks to Arsenal playershttps://t.co/Hmak56DV1u pic.twitter.com/5coA0QXJyQ
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 28, 2019
“Josh memberikan sokongan kepada saya, kepada pemain dan kami bercakap tentang insiden itu dengan Granit Xhaka, memberitahu Xhaka bahawa beliau salah dan kami harus menguruskan perkara itu.”
“Semalam pun sama. Itu hari rehat untuk kami dan pemain, namun kami berada di sini, saya di sini, dan bercakap dengan Raul serta Edu dan juga Xhaka.”
“Fokus utama kami adalah persiapan untuk perlawanan paling penting esok. Kita perlu menguruskan masa untuk situasi berbeza.”